Makan Malam Istimewa di Chili’s !
“ Bang.. nak makan malam kat mana malam ni ? “
Soalan feveret dan aku mesti garu kepala punya ! Kenapa ? Banyak yang sedap tapi mana yang berbaloi serta rileks je.. Enjoy skit bila makan tu ! Takde la kalut kalut je , kan ?
Dulu , aku tergaru kepala. Sekarang , pantas je aku syorkan pada adik aku..
“ Jom pi Chili’s “. Jawab aku.
“ Awat Chili’s lak ? Tempat lain takdak ka ?? “. Tanya dia.
Aku senyum. Aku teringat baru baru ni , aku dan rakan rakan blogger ada gi bersantai di petang Jumaat , di Chili’s Citta Mall, Subang yang mana untuk sepanjang bulan Jun ni hingga 6 Julai ,ada menu menarik yang sedang menanti pada pengunjung ! Huhuhhu..
Malam tu , aku dan rakan rakan lain order menu yang ‘segar dari ladang’ ! Kiranya orang lain lom rasa lagi laaa.. Haa ! Apakah menarik ? Sedap ???
Ok.. aku punya order … RM35.95 COMBO
Country Fried Chicken
Firecracker Fish Fillet
Southwestern Quesadillas Combo
Molten Chocolate Cake
Skillet Chocolate Chip Cookie
Citrus Fire Chicken & Prawns
Haaa ! Selain dari menu yang aku tunjukkan di atas tu , ada lagi dua set menu… RM40.95 COMBO yang mana korang akan dapat Sweet & Smoky Burger dan Southwestern Quesadillas Combo . Satu lagi set ialah RM43.95 COMBO , yang mana korang akan makan Citrus Fire Chicken & Prawns dan Southwestern Grilled Lamb. Setiap combo datang dengan pilihan sup atau salad, dan satu scoop ais krim vanilla sebagai pencuci mulut jamuan
Sedap ke ? Alhamdulillah.. sangat menepati selera tekak aku ! Patutlah setiap kali aku lalu restoran Chili’s terutama kat KLCC tu , mesti penuh dengan pengunjung. Rupa-rupanya sedap makan kat situ..
Bagi mereka yang bawak anak kecil cam Qhaliff yang ikut aku gi makan kat sini , dia dapat free jer.. ! Promo "Kids Eat Free" ni khas untuk parents yang amik set hidangan utama. Air , boleh refill yer ! Hehehehe..
Ok.. menariknya makanan di Chili’s ni ialah resepinya ! Dikatakan resepinya adalah inspirasi dari citarasa klasik selatan Amerika. Sebab tu rasanya lebih unik dan takkan jumpa rasa begini di restoran lain.
Selesai makan.. Balik dengan penuh kekenyangan dan paling penting , puashati dan berbaloi ! Tak rugi datang jauh jauh dari Sepang ke Subang ni haaa.. Huhuhuh..
Sebelum aku undur diri .. kalau nak tau lebih lanjut mengenai promosi yang aku katakan ni , sila ke Facebook dan Instagram mereka.. Jangan lupa booking dulu sebelum datang ! Biasanya memang full house terutama belah malam.. Haa.. Oh ya , set yang aku katakan di atas tu , hanya dihidangkan selepas jam 6 petang yer ! Hehehehe..
FB: https://www.facebook.com/ChilisMalaysia
IG: https://www.instagram.com/chilismy/
Chili’s Mailing List : http://bit.ly/1TX8h6v
Selamat Menjamu Selera dan Selamat Berpuasa !
9 comments
av dessert tu...not bad combo tu..dkt citta mall saje ye?
BalasPadamAlahai terliuq eh tengok dessert tu...
BalasPadamMashed potato chili's takde sape boleh lawan... Sedap gile hokehhh, blanje plisssss...
BalasPadamMolten Chocolate Cake tu serius sedap. Penggemar coklat wajib cuba! Huhu
BalasPadamWahhh, menarik betul tempatnya.
BalasPadamdappnyyaaa =D
BalasPadamnasib baik baca post ni malam malam... terliuq aihh!
BalasPadamben lanje la chilis
BalasPadamya ampun..terliur..
BalasPadam