Ceria Ria Resepi Ramadan - Yeogurt Yeo’s Delima Masam Masam Manis !

by - Jumaat, Jun 17, 2016


Tu diaa… Kena dengan bulan Ramadan yang masam masam manis ni haa ! Masam tu tang muka kita sendiri , ketika berpuasa.. Masa nak berbuka.. manisssss jer ! Haa.. kan ? Takde la.. gurau jer.
Qhaliff dan Zahra cukup suka minum Yeogurt berperisa oren tapi yang asli tu , diorang taknak ! Aku suka minum yang asli. Camana aku nak buat diorang minum Yeogurt berperisa asli bersama sama aku ketika berbuka eh??
image
Ok… aku dapat idea ! Diorang suka minum milo blended , kan.. hehhe.. aku gabungkan dua dua ni dan jadikan Yeogurt Blended ! Ok gak kan ? Tambah dengan kiwi dan jus delima original punya ! Fuh… penuh berkhasiat gituuu !

Amacam ? Tak susah pon nak buat.. Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  1. Ketulan ais batu dalam peti ais tu
  2. 1 kotak Yeogurt berperisa Asli dan Oren.
  3. Jus Delima yang manis. Sila rasa kemanisannya selepas berbuka yer.
  4. Buah kiwi yang anda beli di pasaraya. Elakkan dari meminta jiran punya.


image

Mula-mula , blend dulu ais bersama Yeogurt Yeo’s berperisa Asli dan Oren. Gabungkan tiga-tiga ! Senang sangat jer ni ! Pastu masukkan jus delima ( boleh dapati di pasaraya berhampiran ) dan juga beberapa kepingan buah kiwi yang telah dihiris.
Tadaaaa ! Siap !

image

Aku pon rasa.. dan rasa lagi.. rasa lagi.. Hurm.. rasa lagi ! Sedap pulak.. Nyesal buat sikit jer.. Pastu aku bubuh dalam gelas. Kononnya nak kasi nampak cam kat restoran la.. Haaa..
Amacam ? Haa.. Tak sempat dua budak kecil tu rasa , aku dah abiskan masa kat dapur lagi. Sedap sangat.. Menepati selera tekak aku yang sukakan minuman masam dan sedikit manis. Hehehehe.. Nanti buat lain la kat diorang. heeee..
image
Kenapa Yeo’s Pilihan Aku ?
Dah Yeo’s yang sponsor aku ! Hahaahha.. Takde la.. Sebab dari kecik lagi aku dah terbiasa dengan air kotak Yeo’s. Jenama lain tu bukanlah tak suka tapi Yeo’s lebih serasi dengan aku sekeluarga. Macam macam jenis perisa ada dalam peti ais rumah aku tu. Hehehe.. Asli dan tak beberapa manis sangat. Jaga kesihatan gituu.. kan ?
image
Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), berhasrat meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.
Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor. Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000!
Maklumat lanjut menerusi, www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-282

You May Also Like

15 comments

  1. Boleh cuba resipi ni untuk berbuka esok. Huhu

    BalasPadam
  2. Nampak cam best je kan minuman ni...

    BalasPadam
  3. Macam nak try la buat, guna air yeos hehe

    BalasPadam
  4. mesti sedap nihhh....boleh cuba gak

    BalasPadam
  5. Wow.... Tengok je terasa nyaman ditekak

    BalasPadam
  6. Sian Qhaliff & Zahra tak sempat minum, daddy dah habiskan... Hahahaa.... Tapi nampak sedap la pulak tengok air tu....

    BalasPadam
  7. Masam manis maanis.. bnyk resepi mnuman yg boleh dibuat guna yeos rpnya...

    BalasPadam
  8. boleh tahan ...nampak sedap ni :)

    BalasPadam
  9. MESTI SEDAP

    SINGGAH RAMADHAN

    https://belogs.blogspot.my/

    BalasPadam
  10. Fuyoo.... memang nampak menyelerakan..!! Nak try laaaa nanti..
    Kesian Qhaf ngan Zahra... daddy dah buat ke belum tuk derang tuu??

    BalasPadam
  11. ha ini lah resepi nya ye..nak try lah berbuka nanti...tp buah delima xda..ermm ubah buah lain lah hii

    BalasPadam