Bagaimana nak sedarkan mereka ?
Semalam , setelah 11 hari berpuasa.. aku berbuka di luar bersama keluarga aku di PICC, Putrajaya. Makanan , memang tak dinafikan.. tip top ! PICC ni antara tempat yang confirm aku pergi setiap tahun bersama sama keluarga dan juga rakan rakan..
Selesai berbuka.. solat Maghrib.. aku bawa Zahra berjalan jalan di luar untuk menikmati permandangan malam yang indah dan mendamaikan di Putrajaya.
Cari tempat yang sesuai untuk bersantai sebentar memandangkan ruangan di luar tu dah dipenuhi dengan gerai makanan dan juga meja makan..
Ternampak sekumpulan lelaki duk berdiri di situ. Aku tak perasan pada awalnya.. Terus ke situ.. Dan.. Haihhh.. mati terus nafsu aku nak mengambil udara segar kat situ. Udara dah tercemar dengan mereka yang ‘memang terpaksa merokok untuk teruskan kehidupan’.
Cepat cepat aku beredar dari situ. Camana lagi nak buat eh untuk sedarkan mereka ? Sedangkan dari jam 6 pagi hingga 7 petang , mereka berjaya menahan diri dari merokok.. Beberapa minit selepas azan Maghrib berkumandang , tu diaaa.. terus ada team merokok beramai ramai kat satu port ! Automatik tempat tu jadi kawasan terlarang.. kawasan bunuh diri ! Hurmm..
Yer.. aku tau.. bukan tak tau.. bukan mudah nak berenti merokok tapi apasahal di waktu siangnya , boleh pulak tak merokok ? Hidup lagi lak tu ??
Hurmmm…
10 comments
Semoga mereka beroleh kesedaran.
BalasPadammakin dilarang makin nak buat, tak tau nak didik macam mana lagi... nak sampai tahap masing2 dah jatuh sakit kena kanser baru nak berubah agaknya...
BalasPadamdah menjadi habit mereke.. emm time puasa pun ada yang merokok juga.. emm guano tu..
BalasPadamBau asap rokok boleh hilangkan mood.
BalasPadamTu laa tak tau dah nak teguq camna, habis ayaq liuq dah berleter...tp encik suami ttp tak stop huhu. Cuma dia tak smoking dkt i ngan anak anak sbb kami ada asma. But stil.....
BalasPadamSusah. Selagi ada supplier. supplier pun kata- selagi ada yang demand.. hurm..
BalasPadamsusah nak berhenti merokok ni bro ben..
BalasPadammungkin satu hari nanti ada kesedaran pada2 mereka tu..
Boleh berubah dengan syarat diri sendiri ada matlamat untuk berubah..
BalasPadamazam diri tak kuat. selalunya insaf bila datang sakit dan terlantar di hospital. dah terlambat lah.. dan orang merokok ni tak peduli kesihatan orang. asal puas diri sendiri.
BalasPadammereka adalah mereka... berdoalah agar mereka cepat sedar.
BalasPadamBENARKAH MUSLIMAH BERKACAMATA VINTAGE LEBIH ANGGUN?
+ Optom. berkonsepkan Kaca mata vintage, sesuai digayakan dengan tudung atau shawl.
+ Kalau tak percaya jemputlah ke www.optom.my.