TRANSFORMERS : COMBINER WARS menarik hati aku !
Qhaliff pengemar TRANSFORMERS. Setiap kali pergi ke Alamanda , mesti masuk ke Toys “R” Us punya dan keluar dengan robot ! Dari size kecil , hinggalah besar ! Wajib dia nak punya.. Huhuh.. Dan aku mesti belikan untuk dia.
Aku ada kenangan terindah bersama TRANSFORMERS. Satu-satunya kartun yang aku ingat , dari kecil hinggalah ke tua ni haa ! Aku tetap peminat TRANSFORMERS ! Tak kira la orang nak kata apa sekali pun.. bagi aku , TRANSFORMERS punya daya tarikan tersendiri ! Dari kartun 2D, 3D hinggalah ke filemnya.. memang best !
Satu-satunya mainan yang aku teringin sangat nak , ialah robot TRANSFORMERS. Ketika aku dibangku sekolah rendah , ada seorang kawan berbangsa cina yang cukup rajin bawak robot TRANSFORMERS ke sekolah dan aku cukup rajin bodek nak pinjam. Teringin nak suruh ayah aku beli tapi aku tau.. mahal ! Kesian kat dia.. Tapi yang pastinya , kawan tu kasi pinjam dan aku ingat wajah dia hingga sekarang ! Huhuhu.. TRANSFORMERS punya pasal !
Dan baru baru ni , aku hadiahkan Qhaliff satu set TRANSFORMERS COMBINER WARS , (VICTORION) yang dikeluarkan oleh HASBRO TOY MALAYSIA.
Sewaktu aku serahkan kotak ni , dia punya muka.. teruja sungguh ! Nak amik gambar dia pun tak sempat sebab.. aku pun teruja gak ! Hahahaha.. Sama sama teruja !
Dan bila bukak kotak ni.. Huhuh.. Dia punya WOWWWW , entah berapa ratus kali kuar dari mulut dia.. Aku pun WOW gak sebenarnya.. tapi dalam hati ! Hahahaha..
Dan terus ‘BERTUKAR’ ! Tak sabar dia nak main dengan 6 jenis figura yang terkandung dalam satu kotak combiner wars tu.. Sebenarnya , aku yang tak sabar dan cuba sabarkan diri aku ! Heheheh..
Fuhhh ! Jauh beza dari yang beli sebelum ni.. Heheheh.. Dah ,dah.. jom main !
Tekun dia ‘mengerjakan’ robot-robot tu.. Yer , aku pun tekun ! Nasib baik ada ‘manual’ dan instruction disertakan sekali. Kalau tak , memang berpeluh gak nak ‘bertukar’ dan menjadikan dia Victorion ! Huhuhuh..
Cantik figura dia.. huhu.. Ada 6 figura semuanya. Skyburst dan Stormclash ( Helikopter ) , Rust Dust ( motorsikal ) , Pyra Magna ( kereta bomba ) , Dust Up dan Jumpstream ( kereta lumba ).
Ok.. siap bertukar !
Jeng jeng jeng ! Settle bertukar yang ni.. Tunggu nak bertukar jadi VICTORION lak.. Memang mencabar skit bila nak bertukar menjadi VICTORION ni. Nasib baik berkualiti robot robot dia. Tu bezanya original dengan tiruan.
Untuk bertukar jadi VICTORION , kena banyakkan bersabar. Ada part mencabar skit.. kena ajak adik beradik yang kaki main robot ni join.. confirm sekejap siap ! Cam aku , aku ajak abang aku. Dia mmg giler robot ! Hahahah.. Dia siapkan part aku terkebil kebil nak buat ! Huhuhu..
IMPIAN JADI KENYATAAN bila VICTORION siap bergabung ! Ada banyak lagi TRANSFORMERS COMBINER WARS yang patut jadi koleksi ! Huuuh..Memang best layan TRANSFORMERS ni..
TRANSFORMERS , walaupun ada yang kata ‘macam budak-budak’ tapi sebagai lelaki dan pernah jadi budak.. aku memahami perasaan Qhaliff.. Masa berkualiti bersama dengan anak.. tutup dan simpan semua gadget buat sementara waktu ! Kan kan ?
Terima kasih TRANSFORMERS kerana menyerikan hidup aku ketika kecil dulu..
15 comments
wow, terbaek la bea
BalasPadamperghhhhh giler best, ni kalau ada bajet lebih, teringin jugak beli... memang minat transformers dari kecik lagi....
BalasPadamwaoouww..harga2x pls..mesti boleh tahan harga
BalasPadamNice.. tp SS lum ada ank lelaki... kalo beli silap2 daddy nye yg main
BalasPadamMemang seronok laa budak2 klu dapat ni...tak kurang jugak yg dewasa.. Hehe
BalasPadamSeronok tengok Qhaliff dapat permainan .. comel lak tu..
BalasPadamNak nangis tengok. Lawa kot. Tgugat mak. Adeh..
BalasPadamkena banyak bersabar kalau nk buat ni .. hahaaha detail sungguh kalau tengok anak boss susun lebih kurang mcm robot ni
BalasPadamUikkk besar rupanya.. Ngat kecik jer tadi. Aduiiii... Teringin pulak nak beli tuk mikhail main..
BalasPadamHehehhehe nampak gaya bapak dia excited bebenooo tuuu ..Molek gak kan ..ada jugak aktiviti ngan anak2..takde la nak main gadget jer..Menarik dan masa ngan ngan anak2 pon lebih berkualiti dari buat benda yg takde faedah...
BalasPadamWah bestnya..sebenarnya mainan gini untuk anak kita,menguji minda jugak..otak depa bekerja nak siapakan robot tu kan..ini kalau anak Kak Sue tengok confirm nak jugak..hihi..
BalasPadamsy pun minat transformer.. membesar dengan katun2 ni.. :)
BalasPadamAnother collection for adam and ilman! Insyaallah.
BalasPadamMy boys minat Transformers, tak leh tunjuk gambaq ni nnt la ni gak depa mintak hehe. Boleh consider buat hadiah bday depa nanti.
BalasPadampergh ni mak pak budak pun suka..
BalasPadam