Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 24 Disember 2015

Kali pertama bayar zakat pendapatan !

Yup ! Jangan tak percaya !! Sebelum ni tak layak. Tahun ni , rezeki lebih.. Alhamdulillah.. Bila dah dihitung , maka aku layak kena bayar ! Huhuh.. Alhamdulillah.. Ada jugak gunanya aku ni pada saudara seagama aku.. huhu.. 

Sebenarnya.. lama dah teringin tapi macam aku kata laa.. tanggungjawab aku besar tapi pendapatan kecil.. Memang tak lepas la.. Dan ditakdirkan tahun ni , murah rezeki aku... Dan ditambah dengan keaktifan Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Lembaga Zakat Selangor , menyedarkan betapa pentinngnya keluar zakat ni ! Ingat , zakat ni wajib hukumnya andai layak .. Sucikan hati tu ! Jangan kedekut.. Tu hak orang lain juga tuu.. 

Dah lama aku nak ke Lembaga Zakat Selangor cawangan BBST ni.. Dari sehari ke sehari dan hari ni , aku nekad ! Aku terus ke sini walaupun sepatutnya awal pagi aku sekeluarga bertolak ke Kelantan. Tapi aku mintak wife ganjakkan masa sedikit.. Bagi aku peluang untuk menunaikan kewajiban aku yang dah lama aku teringin nak lakukan.. Huhuh..



Alhamdulillah.. Pegawai di Lembaga Zakat Selangor cawangan BBST sangat membantu ! Mereka senyum sokmo dan senantiasa membuka ruang untuk menjawab soalan.. Dan aku membayar zakat dengan hati yang tenang dan gembira ! Syukur pada Allah , aku dapat membantu insan lain yang perlukan bantuan lebih lagi , saudara seagama ! 

5 komen :

Nurulhuda Abdul Latip berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah...

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Alhamdullilah,semoga Ben sentiasa di murahkan rezeki sokmo..aamiin ya rab!

Scarlett O'Hara berkata... [Reply to comment]

Akak buat potongan gaji terus setia bulan untuk zakat pendapatan.

♥ Cik N ♥ berkata... [Reply to comment]

Assalamualaikum Abg Ben, boleh kongsikan bagaimana kita nak tahu kita dah layak untuk membayar zakat pendapatan atau pun tak?
terima kasih.

Ben Ashaari berkata... [Reply to comment]

@♥ Cik N ♥ g mana mana pejabat zakat..buat kiraan di sana. Pastu tau layak atau tidak..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI