Best ke Perth, Australia ?
Walaupun aku cuma sempat semalam di Perth ni , aku berharap aku akan dapat kembali ke sini satu hari nanti bersama ahli keluarga aku. Dan aku rasakan mereka pasti sukakan di sini.. Andai suhu seperti yang aku alami dua hari lepas la.. hehehe.. Dingin !
Aku ke sini bersama beberapa blogger lagi dengan menaiki Malindo Air. Projek ni dibawah kelolaan Digi - Hitz.Fm - Malindo. Terus terang , Perth bukanlah tempat pelancongan yang aku teringin nak pergi tetapi selepas semalam di sini ... segalanya berubah !
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa 5 hjam 45 minit. Cuaca baik dan sesekali terasa terumbang ambing sebab angin tapi juruterbang berjaya 'uruskan' dengan baik sekali. Ada skrin , movie dan ruang kaki yang luas ! Huhuhuh.. Tak lenguh gue..
Dan akhirnya tiba di Australia. Dari atas langit , Perth kelihatan begitu tersusun cantik ! Sebuah bandar yang aku jangkakan nanti 'tiada masalah' untuk aku.
Setibanya di sana , kami dijemput oleh 'seseorang' dan menaiki van ke hotel , TravelLodge. Hehehe.. Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan mereka. Cuaca baik , udara segar.. Takde pon nampak asap hitam dari kereta ! Cuma asap rokok tu ada la... Huhuh..
Pemandu pelancong kami berasal dari Johor tapi dah menetap di sini lebih 30 tahun. Menurutnya , lebih 80 ribu rakyat Malaysia ada di sini ! Maka , Perth bukanlah sebuah bandar asing ! Dan aku akui kata kata dia sebab masa nak keluar dari airport tu , kami melalui pemeriksaan dan salah seorang pegawai pemeriksa tu tanya..
" No makanan ? " . Huhuh.. Bangga jap aku.
Di luar.. Jalanraya tersusun.. pemandu pon nampak berdisiplin dan kalau korang nampak gambar di bawah ni , penunggang basikal pon 'beratur'. Takde nak celah celah hingga ke depan ! Huhuhu.. Respek jap gue !
Setengah jam perjalanan dari airport ke hotel. TravelLodge , 4 bintang. Semalam , tak silap aku AUD120. Berbaloi kalau berkongsi guna hotel ni. Berkongsi 4 orang bila kembara bersama sama.. Ok la kan ?
Untuk internet , 100mb percuma dan pastu unlimited .. tapi kena bayar AUD10. Ok gak laa.. Kalau guna DIGI postpaid pon ok.. Jimat ! Apa yang diberitahu aku , RM32 untuk sehari. Maklumat lanjut , sila check di www.digi.com.my. Guna roaming best.. leh upload gambar bila bila masa jer !
Hari pertama yakni hari yang aku sampai tu.. seperti yang aku dah cerita pada korang sebelum ni.. Korang leh rujuk pada entri SANGAP DI KOTA PERTH ni..dan hari seterusnya di entri MULA BERANI ni.. Hehehe.. Best !
Kesimpulan.. Walaupun aku tak sempat nak jelajah keseluruhan kota Perth ni , aku sebenarnya mula selesa dengan bandar ni. Dengan keramahan penduduk kota ni serta mudah nak cari makanan serta pengangkutan pon tak perlu risau nak kena tipu.. bandar ni memang sesuai untuk mereka berkeluarga datang habiskan cuti mereka di sini .. Banyak tempat menarik untuk dijelajah !
Dan aku berharap akan kembali ke sini nanti.. Kena simpan duit lagi ! Hehehe..
5 comments
wah..bestnya!!
BalasPadamRezeki Allah itu maha luas kan?
dengan blog saja, boleh melancong ke pelbagai negara..
rezeki abg ben..alhamdulilah..
seronoknya dapat ke perth...
BalasPadamsesuai untuk yang baru kawen tak Ben?
BalasPadamsaya paling suka australia. bagi saya negaranya sesuai didiami.. aduhai bila malaysia nak sampai taraf camni
BalasPadamseronok dpt tgk tempat orang.. x sbr nak join KEMBARA KBBA ehehe
BalasPadam