Pasembor dan Yus Jambu menginsafkan aku !

by - Selasa, Disember 08, 2015

 

“ Teringin nak makan pasembor la.. “. Wife bagitau aku semalam. Dan aku plan nak tunaikan hajat dia malam berikutnya di Gurney Drive… antara tempat makan glamer di Pulau Pinang. Tapi nak makan kat sini , kena bawak orang yang dah ‘kenal’ tempat ni.. Kalau takk.. Hurmm.. Memang insaf laa jawabnya..

Alhamdulillah.. perancangan menjadi kenyataan.. Malam tadi , aku sekeluarga ke sini bersama adik beradik aku yang kebetulan ada di Pulau Pinang jugak.

Sewaktu sampai sini , Qhaliff ternampak ‘KFC’. Dia menangis nangis nak ! Aku yang dah cukup penat layan karenah dia seharian . akhirnya mengalah. Bawak jugak dia ke restoran makanan segera ni. Rasa bersalah tu memang ada laa tapi apa nak buat.. anak dah meraung nak ais krim !

Aku pun masuk la ke resotran ni.. Satu kaunter je bukak. Yang beratur ramai ! Adoiyai.. Aku dah mula berpeluh gara gara dok dukung Qhaliff tadi. Dalam tu pon dia suruh aku g ke kaunter yang kosong walhal kaunter tu tutup. Sabar je la aku melayan karenah dia. Nasib baik laaa dia kecik lagi.. Kalau besar .. Grrr.. Kalau besar takkan dia nak buat perangai gitu kan ? Hahaha.. Tu memang perangai budak ! Sabar Ben , sabar ! Pujuk hati aku..

Sampai giliran aku.. Aku ternampak satu set makanan ni dan ianya memang mengiurkan aku ! Gulp.. Aku pon order satu ! Tak sabar nak makan.. Hahahaha .. Adeh..

Lepas bayar.. kena tunggu 5 minit. Makanan yang aku order tu sedang disiapkan. Tak pe la.. Sabar je la.. Dan akhirnya , aku dapat semua order aku tu.. Dan aku pun keluar..

Sewaktu di kaki lima restoran tu , aku ternampak seorang pengemis berbangsa India kalau tak silap aku.. Tak pasti sangat sebenarnya tapi tak kisah laa.. Dia memandang aku dengan sayu.

Terdetik dalam hati aku ketika melintasi pengemis tu.

“ Kejap lagi ada pasembor , ada char keow teow dan banyak lagi makanan yang pasti akan adik beradik aku tempah. Banyak sangat dah tuu.. Burger ni ? “  Hurmmm ..

Aku patah balik.. Dan bagi dia burger aku tu.. Dia bersungguh menyambut burger dari tangan aku lalu mengucapkan terima kasih. Aku senyum dan membalas ucapan dia.. Kemudian aku teruskan langkah kaki aku sebelum aku memberhentikan sekali lagi..

“ Takkan makan je kot ? Air ? Hurmm.. Ni air milo Qhaliff.. dia suka air ni.. Camana eh ? Hurmmm… “.

Aku kembali melangkah ke arah dia..

“ Ni air.. minumlah.. “. Dia ucapkan terima kasih sekali lagi. Ucapan dia memang membuatkan aku sayu. Apalah nasib aku bila aku tua nanti..

Di tangan aku cuma ada kentang goreng dan ais krim coklat di tangan Qhaliff.. Tak pe la. Dah memadai dah ! Tu rezeki dia.. Aku melangkah kembali ke gerai pasembor.

image

Seperti jangkaan aku , memang banyak makanan atas meja. Dan aku pun makan je la apa yang ada. Asal kenyang , dah laa !

Tiba tiba anak buah aku ajak g aku teman dia g tandas, Aku ikut je la .. Dan dia ajak ke restoran makanan segera tadi. Aku segan sebenarnya. Risau pengemis tadi tu akan malu dengan aku bila nampak muka aku sekali lagi..

Dan bila aku lalu tempat tadi , aku nampak dia dah tidur di kaki lima tu. Air milo di sisi dia dan bekas kertas burger tu tak kelihatan. Apakah dia dah kenyang ? Serba salah aku. Apakah memadai burger tadi ? Aku harap dia ok dah.. Sekurangnya dah dapat lapik perut untuk malam ni..

image

Kesian dia.. Aku selalu terbayangkan aku di tempat dia.. Apakah aku mampu lalui ?  Jika aku tidak mampu lalui , aku perlu pastikan aku terus bekerja keras untuk stabilkan ekonomi aku memandangkan keadaan sekarang yang segala galanya mahal !

Maaf.. aku bukan nak tunjuk baik dengan bercerita apa yang aku buat ! Tapi sekadar nak berkongsi rasa.. Moga dengan apa yang aku buat ni , mampu membuka hati insan lain. Yelah , hari ni kita senang.. Esok lusa tak tau kan ?

Ini cumalah sebahagian kecil dari apa yang bermain di benak aku. Ini saja yang mampu aku buat sementara waktu. Bagaimana pula dengan nasib anak anak kecik ketika ini yang mana mereka menantikan bantuan aku ?

image

Bacalah kisah mereka di SINI.. Aku dah coretkan dalam blog ini dan ianya amat menginsafkan ! Kagum dengan insan insan yang telah menyumbang ke tabung Syria ni.. Semoga Allah berkati mereka !

Satu lagi.. bila baca kisah arwah Yus Jambu , aku teringin nak jadi macam dia ! Aku tahu aku tak mampu tapi apa yang dia buat , insAhallah aku akan ikut jejaknya !

Semoga Allah menempatkan arwah bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah.

You May Also Like

6 comments

  1. tak boleh tengok pengemis macam tu.. first sekali akan terbayang, kalau mak abah macam tu , tak sanggup rasanya... :(

    BalasPadam
  2. good job abg ben.. buat macam tu, dalam diam sebenarnya mengajar juga anak untuk bersedekah, rasa simpati dengan orang yg susah..

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian tuan...kadang2 kita bersedekah ni tanpa kita sedari , bila hati ikhlas memberi , kita beri tanpa berfikir panjang. Alhamdulillah ade lah rezeki dia dan kita.. :)

    #mkhai_official

    BalasPadam
  4. SA pun sama..tak boleh tgok pengemis meminta- kinta macam tu...apa yang ada di tangan akan dihulurkan...sekarang anak SA plak dah ikut jejak...mana2 pergi mesti hulurkan sedikit pemberian kepada pengemis..kita tak tahu nasib kita akan datang kan?

    BalasPadam
  5. Asalam..semoga Allah memeberkati sedekah ikhlas bro Ben..teruskan usaha murni. Allah ada melihatnya...amin

    BalasPadam
  6. moga Allah permudahkan setiap urusan abg ben sekeluarga dan kita semua baik di dunia mahu pun di SANA kelak..

    BalasPadam