'Cenyum' dia kata..

by - Khamis, Disember 17, 2015


Baru aku plan nak berehat malam ni tapi terpaksa ditangguhkan sebab terdengar suara Zahra menangis dari dalam bilik. Hurm.. Dia dah dapat lelapkan mata dalam kereta tadi.. bermakna dah segar utk malam ni.. dan wife dah kepenatan.Perlu rehat secukupnya..

Nak tak nak...aku kena jaga dia malam ni.Qhaliff , seharian tak tidur.Puas bermain dengan sepupu dia di rumah mak aku tadi..bermakna malamnya mudah tidur.. Hurm.. tinggal aku ngan Zahra. Sakit kepala masih ada lagi.. 

Aku bawak Zahra naik bilik atas. Lepak ngan aku. Dan mainan dia pastilah tab dan telefon aku. Dia tak minat nak layan kartun pon..tak macam Qhaliff di usia dia... dia bukak camera dan..

'Cenyummmmm..' .

Sengih jer aku tengok telatah dia. Hilang sakit kepala aku jap.. Pastu bawak dia lepak depan peti ais..tempat kegemaran dia !! Abis dia geledah dah jumpaaa...buah delima! Heheh..lepak makan dengan dia depan peti ais..dengan pintu terbuka. Tak kasi aku tutup.

Dah kenyang...letak dalam buaian. Rela diaaa..tu tandanya dia dah mengantuk. Aku buaikan dia jap.. kemudian pass balik kat wife.. Tak nangis dah...dan lena !! 

Semua dah lena.. sapa nak tidurkan aku yg sedang sakit kepala ni ??? Hurmmm.





You May Also Like

6 comments

  1. Telatah anak2 ni Ben sebenarnya boleh jadi terapi melihat mereka hilang segala kelesuan tu yang saya rasalah..alhamdulilah sihta anak2...

    BalasPadam
  2. apa lagi, dodoikan diri sendiri la..hahaha

    BalasPadam
  3. Hihi...abg ben terlelap dengan buah delima ke..

    BalasPadam
  4. Macam-macam teletah anak-anak. Suka dengan teletah mereka.

    BalasPadam