Buat dua kerja bagi menampung kewangan !

by - Selasa, Disember 29, 2015


Hurmm...Dulu sebelum aku bergelar blogger sepenuh masa , aku bekerja dengan kerajaan. Gaji aku , ditambah dengan pendapatan dari blog sememangnya melebihi dari mencukupi. Kena pulak , 2 orang je makan. Hehehe.. Sedap la kan ? 

Kemudian bila dapat anak , aku berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa. Ditambah lagi dengan rasa berdosa dengan tidak amanah terhadap pembayar cukai. Aku menerima gaji bulanan adalah untuk membuat kerja di pejabat tanpa culas ! Walaupun memanglah ada masa lapang tapi aku tak sepatutnya menggunakan masa serta peralatan pejabat untuk membuat kerja kerja peribadi ! Tak amanah tu kan ? Tu yang aku nekad gak berhenti selain nak tumpu pada membesarkan anak anak dengan tangan aku sendiri. Tapi aku tetap kena kerja. Takkan nak harap gaji bini je kan ? Kannnnnn ?

Ok.. wife kerja.. Aku kerja ! Gabungan gaji , ikutkan memang dah boleh hidup selesa. Tapi bila muncul GST , segalanya berubah ! Terasa satu beban pada pembayaran insuran yang meningkat. Kos petrol dan tol yang mana aku sering ke rumah orang tua aku di Cheras , untuk ziarah orang tua aku dan membawa anak anak bermain dengan atuk nenek mereka. Terpaksa aku kurangkan ! 

Hurm.. dah mula aku kurangkan sana sini.. Tapi kenaikan demi kenaikan membuatkan aku mula menyekat dan mengurangkan perbelanjaan. Dan tahun depan Qhaliff mencecah 4 tahun. Satu lagi persoalan yang timbul di benak aku ! Ramai orang mula hantar anak anak mereka ke taska seawal usia 4 tahun. Penambahan kos perbelanjaan lagi ! Tapi bila di nilai semula , kebanyakkan mereka melakukan begitu sebab anak mereka takde pengasuh di rumah.. takde orang nak jaga maka sesuailah dihantarkan ?  

Macam aku,.. plan nak hantar Qhaliff ke Little Qhaliff. Kos pendaftaran mencecah RM1K++. Bulanan menghampiri RM300 ! Fuhhhhhh... Peluh jantan keluar menitis.. Bukanlah tak boleh tapi camana la mereka yang kurang berkemampuan ? Ok.. isu Qhaliff nak sekolah tu , isu lain tapi aku bangkitkan isu kewangan yang meningkan..

Perbelanjaan meningkat.. Dan muncul hero penyelamat segala masalah ! Tiap kali rakyat Malaysia bermasalah , dia muncul memberi jalan keluar. Sekurang kurangnya, ada jugak la hero dikalangan 'The Avengers Malaysia' sudi membantu walaupun ideanya sebenarnya DAH LAMA DAH RAKYAT MALAYSIA TAUUUUU !

Gambar dari Sinar Harian 


Buat dua kerja katanya.. hurmmm.. Dah la tinggalkan anak di rumah pengasuh awal awal pagi.. Anda suruh pulak buat side income di pejabat ! Apakah ingat senang ? Haishh.. Atau buat kerja selepas abis waktu kerja ? Aduhhhhhh.... Apakah anda nak melihat anak anak kecil ini membesar tanpa kasih sayang dari ibu bapa mereka ? Tunggu hujung minggu baru dapat bermain dengan orang tua meeka ? Sian anak anak kita sekarang ni..Sian mereka ang terpaksa tinggalkan anak anak kecil mereka. Anak anak membsesar di pangkuan orang lain. Tau tau dah reti bercakap. Tau tau dah ada 'ibu' angkat.. Tau tau anak kena gigit dengan anak orang lain.. Tau tau anak kena cakar dengan anak orang lain.. Dan tau tau je anak kecil mereka tau sebut BODOH ! Seidh kan ? Ni semua gara gara nak mencapai taraf kehidupan moden ! Terpaksa ikut arus kemodenan ! 

Benar.. kita ada pilihan. Seperti mana aku membuat pilihan tak perlu hantar Qhaliff lagi ke taska ! Aku tak nak dia tinggalkan zaman kanak kanak lagi dengan usung buku sekolah dan beg sekolah lagi ! Masing masing berlumba nak anak anak reti membaca di usia 4 tahun. Kenal huruf .. Kenal angka.. kan ? 

Sapa tak seronok melihat anak anak mereka jadi bijak.. Tapi ingat kembali saat kita kecil dulu.. Diusia begitu , tanpa mak ayah setiap hari.. malam hari baru jumpa.. baru nak bermain , mak ayah dah penat.. Kena belajar.. siang belajar dah ! Malam lagi.. Fuh , itu ke yang kita nak ? 

Entahlah... ada yang kata , inilah realiti dan kita kena ikut ! Pilihan di tangan kita.. Camana kita nak membesarkan anak anak.. Letakkan diri kita sendiri.. Andai kita jadi mereka.. Janganlah kata tiada pilihan dan terpaksa.. 

Yang penting , kasih sayang.. Yang penting.. Bahagia ! Yang penting , kita manfaatkan kehidupan ini. Bukannya dengan menjadi hamba abdi pada dunia , terutama pada mereka ! Cuba ingat kembali.. Apakah memori paling dikenang sewaktu anda kecil dulu.. Cuba lihat anak kecil kita.. Apaakah yang ingin kita mereka kenang ? 

KELUARGA..

You May Also Like

6 comments

  1. kadang-kadang sangsi dengan yang berkata tu. dia buat 2 kerja? Biar betul. Selalunya idea yang datang dari mulut dia, macam..macam..ish..malas nak cakap. Hidup mereka mana tahu susah. Kita rakyat bawahan yang hadap semua ni. Huhuhu

    BalasPadam
  2. Saya sendiri bukan setakat buat 2 kerja tapi buat 10 kerja sehari, saya tak kisah pun:

    1. Suami
    2. Ayah
    3. Drebar (hantar anak ke sekolah)
    4. Tukang masak (tolong isteri masak jika dia tak ada di rumah)
    5. Tukang sapu sampah (di rumah sendiri)
    6. Tukang paip (kalau sinki di rumah bocor)
    7. Juru elektrik (kalau lampu rumah rosak)
    8. Doktor (tolong sediakan ubat jika anak isteri tak sihat)
    9. Tukang urut (kalau isteri minta tolong picit badan)
    10. Penternak kucing (di rumah sendiri)



    BalasPadam
  3. suruh pak menteri tu masuk maharaja lawak mega.tak pon kita cabar dia siang buat kerja lain.Malam kerja lain.Ada bran ke maslan? opss

    BalasPadam
  4. Dia ingat buat 2 kerja dlm satu masa boleh senangkan hidup agaknya...
    Kesihatan kalau tak terjaga..susah jugak...

    BalasPadam
  5. setuju sangat...memnang kena keje pagi petang siang malam gaknya...anak2 biar je...bagus betul pemikiran dia kan..membantu sangat

    BalasPadam