Bila wife cutti sakit..

by - Selasa, Disember 15, 2015

" Bang , esok kita gi klinik. Rasa nak demam.. "

Aku angguk. Dan pagi ni , dia kejutkan aku bangun subuh dan kemudian dia sambung tidur sekejap sementara menunggu hari siang. Selepas subuh , aku memandang di luar jendela.. Hurm.. Nak ke tak nak eh ? Puas fikir.. Rajin ke tak ! Biasanya setiap kali aku hantar wife gi kerja , aku hanya dapat memandang 'dia'. Teringin benar nak berhentikan kereta dan mengambil gambar.. SubhanAllah.. cantik sunggu bila memandang melalui cermin sisi ! 

Akhirnya aku nekad.. Mandi , bersiap.. Hidupkan kereta dan menuju ke destinasi yang selalu aku nampak kehadirannya... Alhamdulillah... berpeluang aku hari ni !


Selesai menikmati sinaran matahari , aku terus ke UMMIZA CAFE. Nak tapau sarapan pagi. Aku memang suka sarapan di sini termasuk juga makan tengahari. Keselesaan dan kebersihan menjadi keutamaan aku. 

UMMIZA CAFE yang terletak berdekatan dengan rumah aku ni , semakin menjadi tumpuan. Sekarang ni , dah semakin sibuk dengan tempahan catering. Rata rata berpuashati dengan servis yang diberikan oleh UMMIZA CAFE .. 





Parking , selesa ! Ada banyak tempat nak parking.. Majoriti yang datang sini , menurut pemilik UMMIZA CAFE ni adalah untuk tapau ! Yang suka lepak , ada wifi ! Hehehe.. Buka seawal 7 pagi hingga 3 petang. Bukan 24 jam. Bukan apa.. tutup awal , boleh bersihkan cafe. Segarkan diri untuk esok lak kan ? Barulah servis terbaik dapat diberikan.. kan kan ? 

Makanan pulak.. dihidangkan terus.. Panas panas ! Makan pagi hingga ke makan tengahari. Maknanya, dah disiapkan awal awal.. Sila datang awal dan tapau.. lambat , abiss ! 





Sikit je lauk ? Iskh.. buat apa membazir ! Ni semua pun dah sedap sedap dah ! Kalau untuk catering , jangan risau ! Sila baca entri UMMIZA CAFE ! Bukan sekadar CAFE ! ni.. ! 

Selamat menjamu selera ! Nak g makan nasi lemak jap.. lapau .. hehehe... Sementara anak anak belum bangun dan aku mulakan tugas.. huhu.. 

You May Also Like

9 comments

  1. macam menarik jer tgk lauk pauk di kedai makan nie..boleh cuban nie.

    BalasPadam
  2. Fuuuh kalau ummiza ni dengan tpt aku sekarang gak aku pergi. Tgh cari tpt bekfes ni

    BalasPadam
  3. Teringin nak pergi tapi dgn Aflah yang kecik lagi, perjalanan agak terhad. Haha.

    BalasPadam
  4. Kebersihan dan kualiti makanan..penting..

    BalasPadam
  5. Asyik baca entry orang je pasal tempat makan ni.. ntah bila nak sampai dekat situ pun tak tahu..

    BalasPadam
  6. Alaaaaa....nak makan kat sini lagi....

    BalasPadam
  7. Asalam Bro Ben..awal pagi ya bersiaran..menarik pula tu..hebat juadah tu..udara pun segar kan..

    BalasPadam
  8. betul....buat apa nak membazir jual lauk banyak2...biar sikit tapi mencukupi dan sold out....serius memang bijak cara diorang...

    bilalah dapat pergi lagi...huhuhu

    BalasPadam