Sembelih orang di Malaysia !
Aku di Pulau Pinang skarang ni.. Bercuti di sini bersama keluarga. Saja nak rehatkan kepala otak. Nak kasi fresh sebelum masuk tahun baru. Tahun depan , aku nak mantapkan blog aku..
Duduk di salah sebuah hotel di Tanjung Bungah. Berdekatan dengan Batu Feringgi dan di tepi laut. Cantiik dan terjaga pantai di sini. Orang mandi manda pon ok jer..
Cantik ketika matahari mula menyinsing dan terbenam..
Walaupun kedua orang tua aku berasal dari sini , masalah utama aku tiap kali ke sini ialah.. kat mana nak makan sedap di sini ? Dan kebanyakkan mereka akan syorkan pasembor ! Bila syorkan pasermbor , ada yang suruh try makan di Padang Kota atau Gurney Drive. Tapi , aku tak berani ! Seringkali aku dinasihati elak makan membuta tuli di sana… kena tanya harga dulu sebelum makan.. Kenapa ? Ramai dah kena sembelih ! Fuhh.. memang insaf !
Aku selalu tertanya.. bukan di Pulau Pinang je.. tapi banyak tempat yang jadi tumpuan ramai di Malaysia ni akan menyembelih pelancong tak kira tempatan atau luar ! Kenapa diorang sanggup begini ? Tak ke sedar perbuatan diorang tu akan ‘membunuh’ diorang juga ? Kenapalah tidak meniaga dengan jujur ? Kalau nak kejar kekayaan , bukan begitu caranya.. Hurmmm..
Apa yang berlaku bila aku dinasihati begini ? Aku akan elak darii pergi tempat begitu dan cari tempat lain ! Sapa rugi sekarang ?
12 comments
Setuju sgt abg ben..
BalasPadamsaya rs yg paling femes gerai yang jual sotong kangkung..kaw2 dorg kapak customer...saya pun tak fhm, mcm mane dorg cr rezeki cara mcm tu...
keuntungan yang sedikit dan kecil akan menjadi banyak dan besar bergantung pada peniaga itu sendiri..peranan yang dimainkan.
BalasPadamKalau asyik sembelih orang, lama2 makin berkuranglaa orang jawabnya. Hehe
BalasPadamSA belum explore lagi...tak sempat nak explore...so far setakat ni pekena Nasi Kandar..harga relevan gak...
BalasPadamSETUJU SGT2
BalasPadamwahh lama tak gi Penang..
BalasPadampasembur padang kota memang terbaik.. penah makan.. byk gler weh berbaloi la dgn harga
BalasPadamtempat yang jadi tumpuan memang seronok menyembelih.. harini sembelih esok orang tu tak datang dh, tapi mai plak orang lain.. so sembelih lagi..
BalasPadamkalau orang penang pasembor suka makan dekat padang brown..mee goreng dia pun sedap..harga berpatutan dan xde risau kena sembelih..
BalasPadamdekat padang kota mmg mencekek.. dengan peniaga2 yg dok panggil2.. bila kita duduk.. ramai sgt mai kerumun meja. masing2 nk amik order..
BalasPadamkalau nak makan pasembor.. pergi dekat Padang Brown. kat situ peniaga2nya behave x mcm padang kota yg agak agresif..
peniaga2 di Padang Kota agak agresif.. elok kita duduk shj.., ramailh yg dtg kerumun kita tuk order. Kalau dtg ramai2 lagi la...... kita nk order pun x senang. Biasa akan ke Padang Brown. Tempatnya dan para peniaganya ok dari Padang Kota..
BalasPadamsubahanallah indah sekali awanan senja..terima kasih kami dapat lihat keindahan alam..
BalasPadam