Nak ke sekolah dah sangat !

by - Isnin, Disember 14, 2015


Hurm..Terikut sepupu sepupu dia.. Dan bila di rumah mak aku , dia sering ikut naik bas sekolah mak aku ke sekolah. Ramai kawan dalam bas tu.. Budak budak tu lak suka layan dia walaupun Qhaliff bercakap Jerman. Tapi secara perlahan lahan dia belajar memperbaikinya. Aku bagi dia belajar bercakap melalui pergaulan secara tidak langsung. Di rumah pon aku tak de la cakap pelat dengan dia.. dan juga Zahra. 

Wife dah ajak aku gi daftarkan Qhaliff di Little Caliph yang terletak berhampiran dengan rumah aku. Hantar belah siang jer..sehingga jam 12 tengahari.. Ok gak cadangan dia tu. Kasi berkawan jer. Takde la serius suh belajar itu ini pon.. Tapi kos tu tak pasti lagi berapa.. kena check gak tu ! Hehehehe..



Antar ke play school dulu ? Hurmm.. rasanya takde di kawasan berhampiran rumah aku ni. Banyak taska jer.   Ke aku tak cari betul betul lagi ? Hurmm.. nanti la cari semula.. sian tengok dia. Nak berkawan sangat tu. Duk umah , memang bermain dengan adik dia tapi adik dia ni , kuat provoke dia.. tau tau, menangis ! Bila menangis , dia tunjuk abang dia ! Walhal dia yang mula dulu.. Hahaha.. Kekadang sian gak kat Qhaliff kena beralah banyak.. 

Kena simpan duit banyak banyak aku untuk diaorang berdua.. Tu belum tambah lagi 2 tu ! Fuhhh..

You May Also Like

4 comments

  1. tu ada hati nak tambah 2 lagi tu...pulun jgn tak pulun

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..baguslah..qhaliff suka nak pergi sekolah....

    BalasPadam
  3. Qhaliff akak tengok pandai nak berkawan..cepat mesra,mesti ramai kawan nanti kalau pergi sekolah..

    BalasPadam
  4. besar dh si Qhalif ni,,dulu2 masa slalu stalk blog sbb nak tau cite pasal dia :)...

    BalasPadam