Kemaruk buah delima !

by - Khamis, Disember 03, 2015

 

image

Semalam , selepas ‘tamat’ kerja , aku pulang ke rumah orang tua aku. Ternampak Zahra sedang disuap makan oleh mak aku. Aku pun bertanya la..” Zahra makan ke ? “.

Dia kata Zahra suka. Tak berhenti makan. Aku pun amik la sebelah buah tu. Hurm.. Buah delima. Aku tak ingat berapa kali aku makan buah ni. Kali terakhir ketika wife mengandungkan Zahra. Dia makan sebab nak naikkan tekanan darah. Aku pun try gak masa tu tapi tak rasa apa apa pon ! Tang mana bestnya  buah ni , aku pun tak tau. Hurmm..

Dan semalam , segalanya berubah ! Aku tak berhenti henti makan buah tu ! Mak aku kata , buah ni kena makan ngan bijik bijiknya sekali. Patut laaaa.. Dari aku makan makanan tah hapa hapa , baik aku makan buah ni sambil memandu kereta ketika pulang ke rumah. Layan rupanyaaa !

Apakah kebaikan buah ni ? Tertanya jugak aku . Dan aku pun google la mencari jawapannya.. Hurmm.. Jumpa dan baca.. hurmmm .. Dari blog PanduanSaya ada penjelasan panjang lebar dan aku paham.

“ Buah delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit. “

Dan nampaknya , aku perlu masukkan dalam menu harian aku .. setiap hari kena makan buah delima ! Mana nak cari buah n ?? Kata mak aku , sekarang ni musim dia.. Nak simpan stok laaa…

You May Also Like

7 comments

  1. kat pasar malam putrajaya 1 biji RM 7... muahhahaaa.. mereput nak bayar, buah besar tapak tangan dkna.

    BalasPadam
  2. mase mengandung dulu penah terbaca elok utk preggy woman..meransang pembentukan sel otak..insyaAllah anak bijak..tp time preggy xlalu plak buah delima ni..walhal klau xpreggy mmg suke...huhuuhuh

    BalasPadam
  3. Kedai mana jual ni? Teringin juga nak makan. Baca kisah Fatimah dan buah delima. Anak Rasulullah yang paling disayangi.

    BalasPadam
  4. Sedap buah delima...bagus untuk kesihatan juga..nak buat stok juga la

    BalasPadam
  5. memang bagus.. jika makan buah delima jangan kongsi sebab dalam 1 biji buah delima ada 1 yg biji kecil mempunyai khasiat yg utama.

    BalasPadam
  6. PC amalkan pati delima je abg ben...

    BalasPadam