Juri Gegar Vaganza pilih bulu ?

by - Isnin, Disember 07, 2015

 

Separuh akhir dah berlalu.. Azian terkeluar. Dan yang lain akan ke final.. Tapi !

image

Seperti biasa , pasti akan ada yang tak puashati. Maklumlah , masing masing ada peminat. Aku yang sempat layan beberapa lagu semalam , memang dah jangkakan  pertandingan begini akan cipta kontroversi tersendiri. Maklumlah , segalanya adalah ‘bisnis’.. Duit maa !

Tapi aku tak salahkan peserta pon. Seperti ketika aku dengar nyanyian FarahDhiya.. aku terus kata tak sedap ! Rupanya dia ada masalah dengan tekak. Namun begitu , dia berjaya layak ke akhir. Yer , dia memang layak untuk ke final berdasarkan persembahan sebelum ini tetapi di separuh akhir, dia ‘gagal’ ! Namun rezeki menyebelahi dia.. Aku tak pertikaikan tu.. Tahniah FarahDhiya.

Ezad , memang layan semalam. Nana , aku tak beberapa dengar sangat sebab aku dok sibuk berbual. Nassier Wahab pon diorang kata tak best semalam ? Nak kena tengok balik la macam ni..

Siti Nordiana dan Haiza.. aku baca komen , kata memang best semalam.. Nampaknya lelaki bukanlah pencabar utama di final nanti ! Pertarungan sengit antara Haiza dan Nana. Ezad underdog. Farahdhiya bergantung pada kesihatan dia.. Sian dia..

Acong.. Acong dan Acong.. Ni la nasib kalau kita dah ‘terkeluar’ tetapi masuk balik dan terus ke final. Bukan apa.. kita dah tewas tetapi disebabkan ‘penaja’ nak dia ada dalam tu semula , kita nak kata apa kan ? Aku ok je.. Aku pun suka cuma kalau aku , aku agak tak best sedkit la perasan sebab dah tau kita tewas sebelum ni..

Tapi nak kata apa kan ? Inilah adat pertandingan ! Juri berkuasa walaupun juri ada yang berat sebelah. Pegundi pon ada kuasa. Segala faktor diambil kira ! Kalah tak semestinya tak bagus.. Menang tak semestinya gempak kan ? Apa pun , Gegar Vaganza kali ni menampilkan peserta yang hebat hebat belaka.. Dari awal lagi hingga ke akhir nanti..

Untuk final ni , aku pilih..

You May Also Like

6 comments

  1. Pilih Hetty Koes endang plisss... hahahahaa

    BalasPadam
  2. nana terbaik smlm..lagu yg dia dapat tone sgat tinggi..tapi dia mampu bawak lagu tu..

    BalasPadam
  3. Siapa pun juaranya, motif utama penyanyi yg senior-senior ini di julang kembali...itu yg patut di contohi...good!

    BalasPadam
  4. nana mmg best gle smlm...ah chong pun best ah mlm td...hihihi

    BalasPadam
  5. hihihih..PC kejap tengok..kejap tak..clup clup baaa..

    BalasPadam
  6. Asalam Bro Ben..dalam blog ..memang minat nassier sejak dulu..tak menyokong seorang ..dengan dia..tapi semua etuza sokong..sebab kita tak tahu rezeki siapa juara nanti terpulang lah rezeki sesiapapun. Semuanya juara kerana sudah berusaha semua. Artris terkenal, semua ada kebolehan tersendiri. Apapun Siti Nurdiana betul menyengat di suku akhir power..tinggi capaian nada dia...

    BalasPadam