Kontrak Duta Cosmoderm dilanjutkan !
Alhamdulillah.. Rezeki 2016. Aku masih mendapat kepercayaan untuk terus membawa dan mempromosikan produk Cosmoderm untuk tempoh setahun lagi. Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kepercayaan Puan Mawarni , selaku Pengurus Besar Cosmoderm. Aku kena yakinkannya serta buktikan bahawa pemilihan aku sebagai Duta mampu memberi impak pada Cosmoderm. Dan aku telah berjaya melakukannya..
Malam tadi.. di Hotel Mandarin Oriental , satu perbincangan santai bersama Puan Mawarni telah dibuat.. Sebenarnya , lebih pada makan malam ..Lama dah big boss ajak cuma aku tak berkesempatan. Terpaksa berlari sana sini .. huhuh..
Dan dia bagi hadiah harijadi ! Huhuh.. Terharu akuuuuu dibuatnya ! Tak sangka tua tua gini dapat hadiah gempak !
Beg travel yang terukir nama aku ! Pasni leh travel sana sini dengan beg ni ! Huhuhuh.. Dari Tumi kauuu !
Yang pasti , ramai blogger mendapat semangat dari perlantikan aku sebagai duta produk terkenal ni ! Dah nak masuk tahun ke 15 yer ! Bukan calang calang produk.. Huhuhuh.. Ramai blogger yakin mereka juga mampu berjaya seperti aku .. InshaAllah.. Aku doakan kejayaan mereka. dan aku yakin mereka mampu lakukan selagi mana mereka sedar diri ! Sedar diri dan tidak angkuh dikala berada di kemuncak !
InshaAllah , tahun 2016 aku akan bawa perubahan pada blog aku. Tapi tetap kekal dengan imej seperti sekarang.. Hehehhe..
Oh , lupa lak.. Buat mereka yang dah setia dengan Cosmoderm dan yang ingin mencuba produk Cosmoderm , rasanya baik lakukan sekarang.. Tengah murah woooo !
‘You Belanja I, I Belanja You’
Contest untuk bantu pelanggan Cosmoderm menghadapi cabaran ekonomi menjelang 2016. Jimat masa dan jimat wang ! Produk halal untuk penjagaan seisi keluarga. Promosi Istimewa YEAR END SALE untuk 4 hari terakhir menjelang tarikh akhir SALE, jangan lupa beli barangan Cosmoderm kegemaran anda secara online dan berpeluang memenangi voucher-voucher membeli-belah berjumlah RM2000 dan barangan istimewa dari Cosmoderm khas buat pembeli setia Cosmoderm!
Cara Penyertaan
- Share poster ini di FB anda sebanyak yang diingini dan Tag @Cosmoderm
- Buat pembelian produk kegemaran anda secara online diwww.cosmoderm.com.my dengan pembelian minimum RM30 (simpan order number sebagai bukti pembelian)
- Anda akan berpeluang utk menang salah satu dari 5 voucher pembelian di pasaraya AEON / Giant bernilai RM400.00
- 5 hadiah saguhati produk Cosmoderm percuma bernilai RM200
- Tertakluk kpd Terma dan syarat
Terma & Syarat
- Terbuka kepada semua peminat Cosmoderm
- Untuk pembelian secara online sahaja di www.cosmoderm.com.my
- Order number perlu disimpan sebagai bukti pembelian
- Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 31 Disember 2015
12 comments
wah hebatnya blogger pun boleh jadi duta gitu, tahniah tuan
BalasPadamtahniah bro..
BalasPadammaknanyna bro melakukakn tugas dgn cemerlang.
kipidap.
abang ben..tahniah.....alhamdulillah murah rezekinya tuu
BalasPadamtahniah
BalasPadamcantiknya hadiah tu. tahniah aben
BalasPadamrindu nak baca blog abg Ben..7 hari tak bukak blog..Tahniah abg Ben..Rezeki anak2 kan.Harap Fida pun dapat jadi mcm Abg ben gak satu hari nanti..Amin.
BalasPadamtahniah abg ben :) kipidap~
BalasPadamTahniah Bro..jumpa di puncak kejayaan.
BalasPadamtahniah beben. moga terus sukses !
BalasPadamtahniah..rezeki untuk abg ben..dan juga untuk adik Zahra ..ops !heehe
BalasPadamSA baru nak buat testimonial....tungguuuuuuu
BalasPadamalhamdulillah..tahniah abg ben...
BalasPadam