Gelagat anak anak ..

by - Ahad, Disember 06, 2015

 

Makin membesar , makin menghiburkan hati terutama bila dah pandai memahami apa yang kita kata. Zahra , dia paham tapi dia akan jawab secara automatik..

“ Haaaaa ? “.

Kita ulang.. Dan dia jawab..

“ Haaaa ? “.

Teringat satu iklan di tv.. Kalau tak silap aku , iklan burung tu.. Si anak bertanya kat ayah dan si ayah tak jemu jemu mengulang jawapan.. Dan ianya terjadi pada aku sekarang !

Dan sekarang , dia dah mula berlagak macam kakak kakak pulak ! Adoi.. Bergaduh ngan abang , dah selalu ! Dia yang provoke pastu dia yang mengadu ! Bahaya tul anak dara sorang ni..

image

Si abang , alhamdulillah.. Dah boleh diharap. Kalau suruh jaga Zahra , memang dia jaga betul. Apa pon Zahra takleh nak buat. Dan akhirnya pasti akan kedengaran Qhaliff menangis..

Yang bagusnya , si abang senantiasa beralah dengan adiknya kecuali part mainan haknya ! Memang payah laaa.. Begitu gak ngan stroller !

‘ Qhaff punyaa !!’ Kata Qhaliff. Dah ada nama singkatan wooo ! Sendiri bagi.. Adehh..

image

Makin pantas Qhaliff belajar meniru dan aku rasa dia dah boleh gi taska ni.. Tapi bila dengar harga yuran awalan tu , memang telan air liur terus ! Bapak mahal laaa sekarang ni !

Nak tak nak , kena hantar gak Qhaliff sebab dalam proses untuk dapatkan adik bagi Zahra.. Zahra nak adik dah ni ! Haaaa…  Yelah , sebelum daddy monopos, kan .. haaa ! Kena pantas bertindak !f

You May Also Like

0 comments