Uber dan Grabcar menyusahkan pemandu teksi ?
Hurmmm.. Bapak aku bekas pemandu teksi. Keluar pagi , malam sebelum 12 dah ‘tutup kedai’. Tak berani nak memandu sebelah malam sebab dah beberapa kali berlaku pada dia , diperas ugut dan sebagainya. Manusia ‘belah malam’ ni , macam macam perangai ada. Kutipan tak banyak pon. Sewa teksi , RM45 sehari. Berapa je yang tinggal setelah tolak gas / petrol ?
Hurmm.. sian pada pemandu teksi sebenarnya. Tetapi , pada masa yang sama geram pun ada ! Banyak kali berlaku pada aku . Nak naik teksi , kena bagitau dulu destinasi dan mereka akan pikir .. nak amik ke tak nak !
‘Jalan jammed la boss..’.
Pulakkk.. Dah tu ?? Tunggu tak jammed baru nak amik ke ? Atau ada yang amik penumpang , siap ada anak bini dalam teksi ! Apa citer ? Adehhh.. Kita bayar ikut meter ni ! Tapi berkongsi kereta.. Camana tu ? Ha.. macam macam gelagat sebenarnya ada tapi terpaksa redha sebab memerlukan mereka !
Tu belum naik teksi yang charge guna meter tapi aircond takde.. tingkap dibuka.. Rokok ! Sombong pon satu hal.. Yang memandu cam siput sedut pon ada .. Meter bergerak cam air pon ada ! Camana tu ? Buat aduan ? Adehhh..
Aku pernah guna Grab Car. Ketika tu nak pergi event di tempat yang aku kurang pasti lokasinya. Kereta tu sampai tepat pada masanya dan hantar aku ke destinasi , tepat pada masanya dan tak boring ! Mereka berbual dengan kita.. Seronok pon ada !
Aku pernah berborak dengan satu pemandu teksi ni. Katanya , pemandu teksi ni banyak yang malas. Amik destinasi dekat dekat jer. Contoh macam area rumah mak aku. Diorang main sekitar taman perumahan ke stesen LRT. Tak nak keluar sebab jammed dan tak berbaloi ! Pergi ada orang , balik kosong ! Camana tu ? Dia sendiri salahkan pemandu teksi sebab terlalu memilih. Disebabkan mereka begitu maka peluang terbuka untuk wujudnya satu lagi pilihan ! Grab Car atau Uber !
Bila ada persaingan.. mereka mengeluhh ! Hurm.. Dulu sewaktu takde , sombong ! Lu mau naik ka tak mau naik ka , lu punya pasal ! Kan kan ? Kita pulak terkedu ! Eh , aku bayar okkkk.. Bukan naik percuma !
Tu belum kena ‘sembelih’ dek pemandu teksi yang kurang ajar ! Serius ada ! Yang cerita ni pon pemandu teksi yang mana dia sendiri mengalaminya. Nasib baik dia bekas pegawai polis maka dia tak la takut sangat..
Di ruangan komen artikal yang aku petik tu , ada seorang insan bercerita pengalaman dia mengenai teksi ni..
- Saya nak cite satu kes yg buat saya benci naik teksi. Saya pernah tiba2 dizzy masa tunggu bas di summit Usj. So saya tahanle teksi. Bila saya kata nakgi taipan, drebar tu taknak gi, dekat sangat katanya. Told him that saya sakit nak gi panel klinik, buat dek aje. Bila saya termuntah pun dia tengok je... Apa le punya teksi. So jangan salahkan uber ke grabcab ke, tengok diri sendiri tu dulu. Jangan memilih penumpang or distance....
Terus terang.. kalau aku berhenti bergelar blogger ni , aku plan nak bawak teksi jer ! Susah atau tidak , segalanya bergantung pada kerajinan kita. Kalau pikir nak kaya terus , jangan bekerja dengan orang.. buat bisnis , kan ?? Haaa..
Kesimpulan.. Apa yang berlaku , adalah salah sendiri ! Banyak songeh ! Pengguna perkhidmatan awam perlukan alternatif untuk bergerak !
1 comments
my abah juga pemandu teksi...yes!! my abah pilih customer terutama sekitar kl. abah memang susah hendak hantar pelanggan sekitar kl kerana jalan situ jem teruk. bila jem. meter pun mengalir macam air then pelanggan akan complain mahal.
BalasPadam