Bila 'darah tinggi' singgah !

by - Rabu, Disember 16, 2015

Dua hari dah.. Semalam rasa cam.. hurmmm.. Hari ni terasa sakit di kepala. Nak gi klinik , kena bebel.. Nak gi hospital , mau gak kena tahan.. Huhuh.. kena tahan , tak gi Australia aku nanti ! Hahaha.. Bukan sebab nak gi sangat tapi sebab dah deal projek ni. Tak sedap la nak batal gitu jer.. Hurmm.. 

Bila dah confirm darah tinggi , ubatnya.. aku minum air rebusan misai kucing. Memang sebelum ni , daun misai kucing ni beri kesan positif pada aku. Lepas minum , makan panadol dan tidur.. Rehat sepanjang hari. 

Punca ? Aku rasa aku tak cukup rehat dan tidur! Dua minggu ni aku banyak berjaga malam dan kurang tidur. Asyik dok melayan 'burung hantu' jer.. hehehe.. Burung hantu jugak dipersalahkan , kannn.. Dah macam menteri je aku .. Walhal , sendiri salah ! Sapa suruh tak tidur ! 

Hari ni , aku rehat secukupnya tapi tiba tiba aku dapat satu mesej ! Aku terlupa yang aku kena hadir event di Hotel Seri Pacific. Terus aku pinjam kereta adik aku. Nak balik ke Sepang , dari Cheras. Jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Event bermula jam 7 malam.. seingat aku laaa ! Terlupa pulak nak tengok email. 

Terus menderu ke Sepang. Kunci rumah , aku bawak yang aku tinggalkan di rumah mak aku. Kunci aku , wife dah terambil bawak gi keja. Kasut aku lak , ada pada dia ! Ah , sudah.. kelam kabut jadinya ! Dalam dok sakit sakit pon nak gak g 'kerja'.. hurmm.

Pecut ke Sepang.. Dalam kul 440 petang , sampai.. Dan try bukak pintu. Hurm.. Salah kunci ! Arghhhhh.... Camana ni ? Aduss... Buruk la nama aku ni ! Tak suka betul jadi menda gini.. adehhh.. Silap aku terlupa nak masukkan event hari ni dalam kalendar.. 

Nak tak nak , aku kena hantar mesej minta maaf.. Tak dapat hadir ! Frust aku. Dan sakit kepala datang semula.. Aku start kereta dan kembali ke Cheras. Tunggu wife abis kerja , dan datang jemput aku ..anak beranak . Pastu balik semula ke Sepang ! Hahahaha... Petrol dan tol , dah imun dengan aku ! Nak tak nak , kena bayar je ! 

Minum balik air rebusan daun misai kucing.. plan sampai rumah , tidur! Aku nak rehat sampai esok. Kalau aku tak bangun langsung , aku mintak ampun dan maaf pada semua pembaca , rakan rakan di Facebook , Instagram , Twitter.. jika aku ada buat salah pada korang selama aku menjadi kawan dan juga blogger . Huhu.. 

Kita tak tau dan takkan tau.. sampai bila perjalanan hidup kita.. Yang pasti , mati akan menjemput kita.. 

You May Also Like

4 comments

  1. Rehat Ben..jaga kesihatan,jangan banyak fikir dan tidur lewat sangat..moga cepat sembuh ye..

    BalasPadam
  2. Semoga cepat sembu..amalkan diet ..makanan kurangkan yang berminyak ya..

    BalasPadam
  3. jgn tlalu kuat bekerja kesihatan kne jaga..klo dh skt, menyesal pn x guna..

    so cegah sblm kena

    BalasPadam
  4. Kebanyakan penyakit berpunca daripada pemakanan.

    BalasPadam