AES : Mendidik atau menganiaya rakyat ?

by - Khamis, Disember 10, 2015

 

Artikal dari Sinar Harian.. AES akan diperluas seluruh negara ni membuatkan aku teringatkan 3 notis AES yang aku terima. Belum diselesaikan kerana isu AES ni belum diselesaika.. cuma inilah pendapat aku..

image

AES ni kalau nak buat betul betul , nilai saman yang dikenakan silalah ikut jenis kenderaan. Kalau kereta dari luar negara , kasi la mahal lagi ! Kita jangan galakkan diorang guna kereta diorang bila di negara ni.. Guna je kereta sewa. Nampak kejam tapi hakikatnya , yang selalu berlaku kereta kereta dari luar negara yang masuk sini kebanyakkanya laju laju bila dipandu di lebuhraya !! Saman berapa ? RM300 gak ? Hurmm..  Seperti biasa , bukan semua pemandu kereta dari luar negara begitu.. Ada yang bagus. Tahniah.

Ok.. yang kedua.. nasib baik mereka kata mereka sedang mengkajinya semula ..

Pada masa ini, kita masih dalam perbincangan dengan pihak berkaitan untuk manambah baik terma perjanjian AES yang mengambil kira pandangan dan maklumat balas pelbagai pihak sebelum ia boleh diperluaskan.   

"AES masih diteruskan di 14 lokasi iaitu di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melibatkan 10 kamera tetap serta empat kamera mudah alih," katanya menjawab soalan Senator Dr. Ariffin S.M Omar yang ingin tahu langkah kerajaan dalam membangun dan memperluaskan khidmat AES. “

Tak dinafikan AES ni ada bagusnya. Cuma ada lokasi seperti di Putrajaya tu , tak masuk dek akal ! Laluan yang kerap berlaku kemalangan , takde la pulak dipasangnya ! Laluan lurus dan kerap lengang pulak jadi sasaran ! Waktu pejabat lak tuuu.. Waktu malamnya mana ? Dan pemasangan papan tanda amaran tu satu penambahanbaikan yang aku setuju.

Dan tolonglah yer..Janganlah kelirukan mereka dan aku yang dapat notis/ saman ni.. Bukan apa..tak ramai yang cerdik di Malaysia ni termasuk aku. Bila dapat je notis gini terus ingat saman dan g bayar ! RM300 kan ? Ada diskaun macam PDRM punya saman tak ? Rasanya kena naik mahkamah dan buat rayuan kan ?  Mintak fahamkan pengguna part ni ! Jangan seronok kaut duit jer.. Rakyat dah makin terhimpit dengan segala cukai yang dikenakan. Ok , tu isu lain..

Kesimpulannya , aku setuju penjenamaan semula dan hapuskan segala notis sebelum ni kerana ianya boleh dipertikaikan…

image

Nasib baik laaa ada group Kempen Anti Saman Ekor (KASE) ni yang memberi penentangan terhadap AES yang dikatakan berat sebelah.. er , memang berat sebelah..

* Kalau boleh , hanya konvoi AGONG dan RAJA je boleh pandu laju. Yang menteri atau setingkat dengannya , tak payah ! Diorang laju , saman jer ! Kalau nak cepat , sila atur jadual. Jangan pandai cakap kat rakyat walhal awak tu pon rakyat yang pilih !

You May Also Like

4 comments

  1. Kami pernah kena kat putrajaya. Bila cek balik mmg tak logik ada aes kat situ. Dah la nk g psr mlm lak masa tu. lama jugak tak g pasar mlm lepas kejadian saman tu. geram punya pasal

    BalasPadam
  2. ayat abg ben yang bawah sekali tu,memang win..terbaik..bagusnya lahai kalau menteri2 fasola yang ada sekarang ni baca statement abg ben tu..

    BalasPadam