Jangan jadi blogger murahan !
Terus terang aku tak suka menulis pasal ni ! Nampak murah sangat nak carik trafik tapi aku terpaksa tulis demi untuk mendidik ‘mereka’ masih tercari rentak untuk menulis blog dan tak paham apa itu blogger !
Semalam , aku ada upload sekeping gambar di Facebook dengan caption ‘ Perasan ? ‘.
Satu caption yang tersurat dan tersirat ! Ada yang masih tak perasan dan tak tau mengenai berita pemergian Tunku Jalil. Maka selepas aku up tu , dia akan tau.. Alhamdulillah. Dan yang tersirat tu mengenai iklan Cosmoderm. Faham kan ?
Apakah aku tidak sensitif dengan apa yang berlaku ? Hurmm.. Kalau aku tak sensitif , aku takkan up gambar tu ! Aku up tu pun sebagai tanda hormat aku ! Aku nak bagitau rakan rakan di FB yang lain selain nak bagitau mengenai contest akan aku adakan ! Dan nak gak aku tau.. Yang semalam ada bolasepak , Gegar Vaganza tu camana pulak ? Apakah tidak sensitif gak ?
Janganlah ingat aku ni baru kenal dunia maya ni ! Aku kenal dah seusia 20 tahun ! 20 tahun dulu… Nak tanya , 20 tahun dulu tu..’awak’ dok buat apa ??
Tidakkah dia tau , dia sedang mengaibkan orang lain di sini ? Tidakkah dia tahu yang dia boleh disaman malu ? Hati hati ! Jangan terlalu asyik sangat kawan nak cipta kontroversi ! Aku pun boleh buat tapi aku masih ada kewarasan akal fikiran. Menulis dengan berhati hati jika berniat nak menegur !
Satu je la nasihat aku.. Belajarlah jadi blogger yang baik dan bagus ! Kalau takde idea atau tak tau , aku bagi satu artikal sebagai rujukan. Baca dan fahami. Apa guna belajar tinggi tinggi tapi tak gunakan akal , kan ? Baca artkal 5 Tips That Will Make You A Better Blogger ni. Moga moga dapat idea selepas ni ! Tak perlu nak stalk Facebook orang dan kemudian menulis mengenainya ! Jadi cerdik skit eh ?
Kali pertama muka masuk paper eh ? Yela kot.. aku bukanlah blogger popular pon. Bukanlah reti pakai shawl pon.. Bukanlah kacak pon.. Sebab tu aku seronok giler muka aku terpampang kat suratkhabar !
Tapi pelik jugak aku.. Kenapa bila aku upload artikal mengenai Syria , Yus Jambu , Zakat.. dia tak tulis mengenainya ? Oh… lariskan blog ? Nampak kan ? Jangan dik.. tak larat nak merangkak kat akhirat kelak..
Maaf yer.. saya tak suka menegur cara blogger lain sekarang ni. Tapi bila ianya mengaitkan aku , aku terpaksa. Ikut hati aku , aku dah bagi kat lawyer aku jer dan mintak dia uruskan.. Masyuk gak kalau saman orang.. Tapi aku tak la sekeji tu.. Banyak keje lain aku boleh buat. Usia kita singkat je.. Entah kejap lagi.. kita dah diambilNya.. sapa tau kan ? Sebab tu , apa yang kita tulis , kita kena hati hati.. Itu saham dunia dan akhirat..
9 comments
Masa abg ben up status ni kat fb, saya dah tau abg ben nak promote produk cosmoderm ;)
BalasPadamitulah namanya bodoh sombong... simpan je la segala degree, diploma tu jadi alas kaki, hohohohoo...
BalasPadamxpe sbr je bang. Biase la tu. Yg penting keep moving kan ^_^.
BalasPadamtue la dia kan x nak belajar ngan orang
BalasPadamhmm.. xde mnde baik nak sebut, diam je la. haih.. manusia.. manusia..
BalasPadamBukan salah abg ben pun..bila iklan muka abg Ben ada bawah berita tu..kebetulan kan..Fidah tengok okey je..tak ada isu yang depa nak bangkitkan pun..
BalasPadambiarlah dia dgn labunya.. hehehe bykkn brsabar ye abg ben...
BalasPadamyup..saham dunia akhirat..
BalasPadamAsalam..sabar ja Ben..ya. Teruskan sebagai blogger yang sangat hebat. Tahnia sentiasa memberi teguran yang bermanfaat kepada semua. Baca tajuk tu kecut perut..sesungguhnya kita di galakkan memberi ilmu hal menegur pun sebenarnya ada ilmu tu. Sabar ya...
BalasPadam