Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 5 Oktober 2015

UMMIZA CAFE ! Bukan sekadar CAFE !

 

image

Kali pertama aku singgah makan sini , pada tahun 2012. Masih ada entri tu lagi dan dari situlah segalanya bermula ! Entri aku bertajuk UMMIZA CAFE – Masakan Melayu Oriental berada di page utama dan memberi kesan positif pada restorannya.

Dan kali ni aku kembali membawa rakan rakan blogger bersama aku untuk berkongsi rasa mengapa UMMIZA CAFE menjadi pilihan aku sekeluarga terutamanya ketika bersarapan pagi dan makan tengahari !

image 

Terus terang kalau aku makan tengahari di sini , aku akan tergaru garu kepala untuk memilih lauk pauk. Segalanya menyelerakan. Dan rakan-rakan blogger bersetuju dengan apa yang aku katakan pada mereka setelah menjejaki kaki di sini ..

Dan.. mereka teruja melihat hidangan yang disediakan !

imageimage imageimage imageimage imageimageimage imageimageimage

Kalau tak nak makan nasi , ada kuih muih..

image image

Menyelerakan , bukan ? Aku tahu dah… hehehe .. Antara menu yang ada di sini ialah ayam masak merah , ayam kicap berlada , ayam masak lemak cili api , ikan kembung berlada , ikan keli berlada , asam pedas ikan , udang sambal petai , sup cendawan , gulai ayam kampung kentang , gulai rebung , gulai pucuk ubi , kari daging campur kentang , gulai siput sedut , dan macam macam lagi masakan kampung.

Tapi kalau nak datang makan tengahari di sini , masakannya bukan semua ada la.. ikut hari ! Melainkan nak buat tempahan masakan yang tidak melebihi 300 orang , semua menu disebutkan boleh dibuat. Contohnya untuk majlis harijadi , ulangtahun , makan keluarga atau majlis majlis di pejabat..

Aku memang suka datang sini sebab… BERSIH ! SEDAP ! Dan mereka peramah ! Qhaliff kalau datang sini , confirm rileks.. hahaha ..

Makan time ! Hehehee..

imageimageimage

Dan selepas perut kenyang.. aktiviti diteruskan dengan berkaraoke dan .. seperti biasa laa.. selfie ! Jerebu tidak menghalang kami dari bertemu dan bergembira di UMMIZA CAFE ! TERBAIKKKK !

imageimage

Untuk tempahan , boleh hubungi  :

Puan Nor -  019 6682069 | Ain – 011 10602569

Alamat : NO 229, Batu 29 Kampung Jenderam , Hulu Sepang.

Instagram : UMMIZACAFE

17 komen :

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah.... Terima kasih Abg Ben. Memang terbaik pilihan Abg Ben. Sedap Dan memenuhi citarasa Masakan di UMMIZA CAFE

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Rasa nak pergi lagi... sangat sedappp!!!

Azlinda Azman berkata... [Reply to comment]

Sambil makan..dpt eratkan silatutrahim.

Lyssa Faizureen berkata... [Reply to comment]

rindu masakan kat situ !!!!
Nak makan lagi nanti :D

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

terbaik.. suka makan di sini.

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Memang sedap dan kena dengan selera Kak Sue sekeuarga..terima kasih Ben dan Ummiza Cafe..

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

teringinnya...

Sue Izza berkata... [Reply to comment]

serius sedap!

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

3 kali tambah lauk terutama masak lemak cili api masak pucuk paku dengan siput sedut, memang kaw2 pedas dan menyengat...alahaii kecur ailio!

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

ok, dh jot down. kot2 1 hari t'pergi ke arah2 sane, buleh la try mkn.

mas saari berkata... [Reply to comment]

memang terbaik..
menu² semuanya sedap dan lazat!

anazarin dotcom berkata... [Reply to comment]

Rasa cam nak repeat je makan kat ummiza nie

Hanim Hashim berkata... [Reply to comment]

sedap! menyengat! semua yang disukai ada di sini!

Nur Aliah Nadhirah Abdullah Lim Bee Jen berkata... [Reply to comment]

Memang sedap masakan disitu...akan pergi lagi

Ainal Syifa berkata... [Reply to comment]

Ya Allah memang nampak menyelerakan btoi..kedainya pun selesa..kena cuba kalau ke sebelah sn..

Lama tak buat giveaway dekat blog..Ada hadiah misteri yang istimewa untuk pemenang utama..

Ainal Syifa berkata... [Reply to comment]

salah copy paste link td..


http://www.ainalondiet.com/2015/10/ainal-on-diet-5th-anniversary-giveaway.html

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

dapur bersih sekali......

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI