UMMIZA CAFE ! Bukan sekadar CAFE !

by - Isnin, Oktober 05, 2015

 

image

Kali pertama aku singgah makan sini , pada tahun 2012. Masih ada entri tu lagi dan dari situlah segalanya bermula ! Entri aku bertajuk UMMIZA CAFE – Masakan Melayu Oriental berada di page utama dan memberi kesan positif pada restorannya.

Dan kali ni aku kembali membawa rakan rakan blogger bersama aku untuk berkongsi rasa mengapa UMMIZA CAFE menjadi pilihan aku sekeluarga terutamanya ketika bersarapan pagi dan makan tengahari !

image 

Terus terang kalau aku makan tengahari di sini , aku akan tergaru garu kepala untuk memilih lauk pauk. Segalanya menyelerakan. Dan rakan-rakan blogger bersetuju dengan apa yang aku katakan pada mereka setelah menjejaki kaki di sini ..

Dan.. mereka teruja melihat hidangan yang disediakan !

imageimage imageimage imageimage imageimageimage imageimageimage

Kalau tak nak makan nasi , ada kuih muih..

image image

Menyelerakan , bukan ? Aku tahu dah… hehehe .. Antara menu yang ada di sini ialah ayam masak merah , ayam kicap berlada , ayam masak lemak cili api , ikan kembung berlada , ikan keli berlada , asam pedas ikan , udang sambal petai , sup cendawan , gulai ayam kampung kentang , gulai rebung , gulai pucuk ubi , kari daging campur kentang , gulai siput sedut , dan macam macam lagi masakan kampung.

Tapi kalau nak datang makan tengahari di sini , masakannya bukan semua ada la.. ikut hari ! Melainkan nak buat tempahan masakan yang tidak melebihi 300 orang , semua menu disebutkan boleh dibuat. Contohnya untuk majlis harijadi , ulangtahun , makan keluarga atau majlis majlis di pejabat..

Aku memang suka datang sini sebab… BERSIH ! SEDAP ! Dan mereka peramah ! Qhaliff kalau datang sini , confirm rileks.. hahaha ..

Makan time ! Hehehee..

imageimageimage

Dan selepas perut kenyang.. aktiviti diteruskan dengan berkaraoke dan .. seperti biasa laa.. selfie ! Jerebu tidak menghalang kami dari bertemu dan bergembira di UMMIZA CAFE ! TERBAIKKKK !

imageimage

Untuk tempahan , boleh hubungi  :

Puan Nor -  019 6682069 | Ain – 011 10602569

Alamat : NO 229, Batu 29 Kampung Jenderam , Hulu Sepang.

Instagram : UMMIZACAFE

You May Also Like

17 comments

  1. Alhamdulillah.... Terima kasih Abg Ben. Memang terbaik pilihan Abg Ben. Sedap Dan memenuhi citarasa Masakan di UMMIZA CAFE

    BalasPadam
  2. Rasa nak pergi lagi... sangat sedappp!!!

    BalasPadam
  3. Sambil makan..dpt eratkan silatutrahim.

    BalasPadam
  4. rindu masakan kat situ !!!!
    Nak makan lagi nanti :D

    BalasPadam
  5. terbaik.. suka makan di sini.

    BalasPadam
  6. Memang sedap dan kena dengan selera Kak Sue sekeuarga..terima kasih Ben dan Ummiza Cafe..

    BalasPadam
  7. 3 kali tambah lauk terutama masak lemak cili api masak pucuk paku dengan siput sedut, memang kaw2 pedas dan menyengat...alahaii kecur ailio!

    BalasPadam
  8. ok, dh jot down. kot2 1 hari t'pergi ke arah2 sane, buleh la try mkn.

    BalasPadam
  9. memang terbaik..
    menu² semuanya sedap dan lazat!

    BalasPadam
  10. Rasa cam nak repeat je makan kat ummiza nie

    BalasPadam
  11. sedap! menyengat! semua yang disukai ada di sini!

    BalasPadam
  12. Memang sedap masakan disitu...akan pergi lagi

    BalasPadam
  13. Ya Allah memang nampak menyelerakan btoi..kedainya pun selesa..kena cuba kalau ke sebelah sn..

    Lama tak buat giveaway dekat blog..Ada hadiah misteri yang istimewa untuk pemenang utama..

    BalasPadam
  14. salah copy paste link td..


    http://www.ainalondiet.com/2015/10/ainal-on-diet-5th-anniversary-giveaway.html

    BalasPadam