Aku kehilangan Qhaliff.. - BEN ASHAARI

Aku kehilangan Qhaliff..

 

Seperti yang aku jangka selama ini yang mana anak sulung memang perangainya mudah terlupa akan keluarganya bila ada kawan kawan ! Itu yang aku nampak sejak dulu laa.. Berdasarkan pengalaman dan pegamatan. Uhuk… Aku harap andaian aku salah sama sekali !

Qhaliff.. sejak sepupu dia , Ammar pulang ke kampung.. dia tak kisah dah kat aku sama sekali ! Handphone pon dia tak kisah sama sekali. Aku ada ke takda , dia tak kisah. Ke mana saja sepupu dia tu pergi , dia akan ikut !

Serius.. aku terasa sungguh la ! Belum lagi bersekolah tahun depan. Nampaknya , aku akan menumpang kasih dengan Zahra la pasni. Nasib baik Zahra tak ‘tinggalkan’ aku. Setiap malam , dia akan tidur bersama aku , di bilik atas. Wife dan Aariz akan tidur di bilik bawah. Wife tak leh naik tangga lagi. Masih dalam mood pantang.

image

Nasib baik laaa ada anak dara sorang ni.. Pengubat rindu dan sepi !

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.