“ Daddy, nak tengok.. “ - BEN ASHAARI

“ Daddy, nak tengok.. “

 

Di saat aku tengah setting kamera untuk jadi ‘jurugambar tak bertauliah’ majlis persandingan adik ipar , masa tu jugak laa Qhaliff datang tengok.. Dia nak tengok je katanyaa !

Aku tak kasi.. Tau apa dia kata ?  “ Tak nak kawan daddy ! “. Eh ehhh.. Gitu lakkk ! Aku jawab laa.. “ Tak nak kawan sudah.. tetek kau sebelah.. “. Hahaha.. Takda la ! Aku jawab tak nak kawan dah. Terus dia buat muka seposen.

image

Ok.. aku kasi tengok.. Mengalah ! Kalau arwah ayah aku dulu , jangan mimpi la nak dapat pegang kamera dia. Katanya nanti abis setting semua !

Anak punya pasal.. kasi je la. Kot la dia ada bakat kat bahagian ni kan ?

image

image

Pastu dia nak try tekan. Masa tu jugak laa batalion anak buah datang join sama ! Adehhh.. masing masing sibuk bergaya depan kamera.

Dan terus dia jadi jurugambar ! Aku garu kepala..

image

Tiba-tiba wife masuk dah bersuara..

“ Abang.. pengantin dah datang tu.. “. Ah , sudahhhh.. terus kelam kabut aku. Maklumlah , aku kan amatur ! Huhhuhu.. Dan ternyata gambar pengantin aku amik kali ni , gagal..

image

Haishhh… gagal guee !

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.