Kalut cari buku tadika anak ! - BEN ASHAARI

Kalut cari buku tadika anak !

 

Qhaliff akan pakai buku buku di bawah ini.. Masalahnya , orang dah lama beli dah ! Sebab pendaftaran untuk tadika lama dah dibuat tapi aku terlambat buat ! Hahahaha… dok ingat anak kecik lagi gitu haaa..

image

Dikhabarkan pada kami suami isteri , yang buku ni ada dijual di kedai kedai buku ternama. Bila kata gitu , tarik nafas lega la.. Nak cari di Alamanda.

Dan semalam , wife kuar waktu lunch dan tgk di MPH Alamanda. Pastu dia text aku.. bagitau yang BUKU DAH TAKDA STOK ! What ?????? Ah , sudah..

Aku yang kebetulan berada di sebuah mall area WangsaMaju terus cari di sana. Dan berjaya jumpa buku IQRA jer. Yang lain dua memang abis stok !

Aku mengaru-garu kepala yang takda rambut ni. Camana eh? Hurmm.. kena cari cepat sebab Jumaat ni kitorang outstation. Ada trip family untuk penutup tahun 2016. Hurmm..

Tiba-tiba wife text sekali lagi. Masalah selesai. Dia dah beli secara online di MPH ONLINE jer..

image

image

Selesai masalah ! Huuhuh.. Alhamdulillah. Qhaliff pon dah tak sabar nak pergi sekolah ! Siap tidur pun pakai baju sekolah selepas pulang dari daftar ari tu.

5 ulasan:

  1. Alhamdullillah... selamat bercuti!

    BalasPadam
  2. iqra' kulit hitam dikatakan byk typo. ank sy guna iqra' kulit pink

    BalasPadam
  3. aben. iqra tu beli yang buku 1-6 tu.. kaler pink cover dia.. lebih mudah bila dah iqra 4 ke ats contohnya..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.