Tahniah Harith Iskander , Juara The Funniest Person In The World #TFPW - BEN ASHAARI

Tahniah Harith Iskander , Juara The Funniest Person In The World #TFPW

 

image

Terbaik buat Harith Iskander. Bakat melawak solonya memang takda sapa boleh nafikan sama sekali. Bagi aku , yang pernah tengok sendiri lawak solonya secara langsung memang sangat sinis dan makan dalam ! Tak perlu nak bersungguh sungguh nak kasi orang ketawa seperti memperbodohkan diri sendiri pon ! Sebab tutur kata dia memang sampai dan melucukan !

Pada pusingan akhir sebelum menjuarai The Funniest Person In The World (TFPW) yang berlangsung di Levi , Finland ni , dia bersaing dengan beberapa pelawak dunia, Alex Calleja daripada Filipina, Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece).

image

Harith mendapat undian tertinggi iaitu hampir empat juta undi berbanding empat peserta peringkat akhir lain. Kemenangan itu mengambil kira markah daripada juri yang dicampur dengan undian penonton atas talian, yang mengikuti klip persembahan jenaka peserta melalui laman web LaughFactory.com.

Tahniah sekali lagi buat Harith Iskander yang telah mengharumkan nama negara di saat saat nama negara dicalarkan dengan tidak sengaja oleh individu individu tertentu..

image

3 ulasan:

  1. Harith Iskandar memang thorrbaik!

    BalasPadam
  2. Memang terbaik Harith Iskandar.. Tahniah kerana membawa nama Malaysia ke mata dunia dalam bidang yang dceburi..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.