Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 21 Mac 2016

Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016

 

ELLE ZADA.. satu jenama yang sudah terkenal di media sosial ! Sebut jer , mesti orang kenal punya ! Dan bayangkan jika bergabung dengan selebriti yang cukup gah , Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin… Perghhhh ! Mesti tertanya hasilnya camana kan ? Apakah bertambah gah ? Adakah pakaian yang dihasilkan nanti , mampu milik atau harga setanding harga pakaian terkenal ? Hurmmm..

Ok.. semalam aku dan rakan rakan blogger ke salah sebuah hotel di Bukit Bintang bagi melihat sendiri sidang akhbar kolobrasi Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016.

Majlis dihoskan oleh Heliza Helmi dan Nik.. Masing masing mengayakan jubah Elle Zada yang terkini..

image

image

Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Normaziah dan Dato’ Zaini Tahar serta beberapa lagi selebriti jemputan. Majlis dirasmikan oleh Dato’ Normaziah selepas memberi sepatah dua kata ..

image

Bagi memeriahkan lagi suasana , ada gimik menarik  dari kumpulan Bar-risan! Gimik ni bertujuan nak bagitau hadirin yang mana pakaian raya yang dikeluarkan oleh Elle Zada x Sam Syatilla adalah sangat berkualiti dan tak mudah koyak !

image

Kombinasi idea antara Shaheizy Sam dan Syatilla bersama ELLE ZADA menampilkan ciri ciri sofistikated , moden namun kekal praktikal. Ilham sentuhan Shaheizy Sam dan Syatilla ni menyerlahkan personaliti peribadi selebriti ini bercitarasa tinggi.

Dengan bertemakan 'Sediakan pakaian kemenangan , Fokus Ibadah Ramadhan' , sebanyak 60 koleksi baju raya yang merangkumi baju kurung moden , abaya , baju melayu , kurta , jubah wanita dan lelaki bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Koleksi yang bakal dikeluarkan ini adalah dari fabrik yang sangat berkualiti dan premium.Harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan yang mana koleksi premium bermula dari RM150-RM250 mana koleksi premium ekslusif dari harga RM299-RM599.

Antara  design yang bakal dipasarkan..

IMG_9905 IMG_9492IMG_9714 IMG_9037IMG_9507 IMG_0572

Dalam projek ini ELLE ZADA dan Sam Syatilla membuka kolaborasi kepada masyarakat umum untuk bersama menjayakan kempen pemasaran ini. Kolaborasi ini unutk mewujudkan keluarga bisnes yang besar untuk kongsi bersama hasil dari projek ini. Ahli keluarga bisnes ini terbuka kepada semua dan menawarkan 20% pulangan dengan bermodalkan hanya RM150.

Sebanyak 6000 permintaan untuk menjadi keluarga bisnes dan 1200 lebih daripadanya telah berjaya mendaftar. Sampai hari ni , permintaan masih bertalu talu masuk dan masih ramai ingin menyertai keluarga bisnes Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016.Latihan dan sokongan keusahawanan diberikan percuma kepada semua ahli keluarga bisnes projek ini.

Sebarang pertanyaan , sila ke..

Web : http://www.ellezada.com/

Facebook : https://www.facebook.com/ElleZada/

Butik : ELLE ZADA PRINCIPLE BOUTIQUE
YOUR TUDUNG LABUH EXPERT!
No 12 & 12A Ground Floor Dataran Wangsa 1,
Dataran Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.

Email : ellezadaofficial@gmail.com

image

Secara jujurnya.. hehehe.. Aku sendiri terpikat dengan koleksi pakaian ELLE ZADA ni , sewaktu ke butik mereka di Wangsa Maju hari tu ! Huhuhh.. Dan aku nak pakai masa raya nanti !

#Inibarulahchampion , kan !!!

19 komen :

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

yeah. leh g usha. butik dia kat wangsa melawati..

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

macam lawa je yang pink tu ...

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

nak ushar la nanti, hopefully ada sazi... cantik dah cantik dah tuuuu... *sempat lagi diet sebelum raya*

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

Cantiknya warna emerld green tu

Bonda Zahra berkata... [Reply to comment]

cun lah design dia!

mOoN IzzaN berkata... [Reply to comment]

Kalau ada koleksi nursing friendly boleh beli 1 jdi koleksi..

Izzati Suhaide berkata... [Reply to comment]

boleh tahan jugak koleksi design yg ada..cantik..

Mera Hussain berkata... [Reply to comment]

Semua koleksi dia cantik2. Mera pun teringin nak ade sehelai dua. Heheh

Allene typicalmommy berkata... [Reply to comment]

tengok pun nampak kain dia berkualiti tinggi

Ainul Mustafa berkata... [Reply to comment]

yang pink tu cantik

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Dah boleh usha ni, shopping raya yeahh

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

oo butik di wangsa melawati. dekat juga tu

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Memang tahan lasak baju ni sebab kumpulan Bar-Risan tu buat syow sehabis mungkin dia meliutkan baju tu fuhhhh rugi kalau tak beli...baik beli jom!

syima yusuf berkata... [Reply to comment]

Cantiknyaaa pakaian dia. Simple tapi elegant !

Azlinda Azman berkata... [Reply to comment]

Nak juga....

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Cantik semua pilihan baju,boleh la beli untuk raya nanti nie

maryam assiddeeqah berkata... [Reply to comment]

Nak beli satu! Cantik sangat rambang mata

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Cantiklah yg pink tangan kembang tu, macam princess

mas saari berkata... [Reply to comment]

semua cantik dan elegan, harga pun berpatutan.. cop merah utk raya!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI