Jangan cepat salahkan pemandu !

by - Rabu, Mac 02, 2016

 

Hurmm.. aku baru tengok video penuh isu budak jatuh van tu tapi ada la terbaca caption yang menyalahkan pemandu van sekolah tersebut ! Aduhhh…

Aku malas nak komen  isu tu dan  berdasarkan pengalaman aku , jadi konduktor bas sekolah ni.. fuhhhh ! Memang pening ! Mak bapak harapkan apa dari pemandu bas / van sekolah ni ? Budak budak dalam tu , ingat semua nak dengar cakap ? Kalau cakap lebih skit , ngadu kat parents ! Dah kena serang pulak si pemandu tu.. kan ? Serupa cikgu sekolah laaa kan ?

Yang pastinya kann… kita kena ajar anak kita.. dalam bas sekolah , duduk diam diam.. Jangan main main dalam bas. Jangan merayau ! Kena la hari hari bagitau ! Ingat driver nak jaga sangat ke ? Dia nak pandang belakang.. nak tengok jalan raya .. nak tengok budak keluar sekolah lagi ! Bayar ciput tapi buat seolah olah driver bas ni , serupa pengawal peribadi lak ! Eh , apa kata amik je driver persendirian jer !

Malam tadi jer ada satu kes berlaku di rumah mak aku. Amboiii.. dah la bayar lambat ! Pastu bising kata adik aku salah tulis ! Senang citer.. halalkan jer dan ko cari la bas lain pasni ! Huhhh..

Kita kena tau.. nak yang terbaik di Malaysia ni , bukan free atau murah !

You May Also Like

3 comments

  1. Betul tu,..kadang dah ditegur..budak2 taknak dengar

    BalasPadam
  2. didikan sebenar sepatutnye b'mula di rumah.

    BalasPadam
  3. Huhh dilema kan...isu ni dimana2 sahaja...kalau lah juju leh bersara awal hantar dan amik balik anak pi sekolah kan best...hmmmmmmmmm

    BalasPadam