Seminar membuang masa untuk wanita !

by - Rabu, Mac 16, 2016

 

Seminar Dari Wanita untuk Wanita ? Kongi Minda Gapai Bahagia ?

Huhhhh ! Nasib baik aku bukan wanita ! Kalau aku wanita ? Confirm seminar gini membuang masa aku ! Apasal lak aku kata gitu ? Huhhhh.. Apakah aku bermasalah ? Tentulah aku tak punya masalah ! Kalau aku ada masalah , pasni seminar gini membantu aku ! Er , apakah seminar gini untuk mereka yang bermasalah jer ???? Hurmm.. kalau ada yang pikir gitu , mesti mereka jenis manusia yang sempurna !

Jadi , seminar ni untuk apa ? Dari Wanita Untuk Wanita ? Kongsi Minda Gapai Bahagia ? Cam boring jer tajuk.. kan ? Tapikan..tapikan.. mesti ada sebab kenapa seminar ni dibuat KHAS untuk wanita jer.. Apasal lelaki takde ???

Yang aku tahu laa.. Diorang kata khas untuk mereka yang berkerjaya tapi juga menguruskan rumahtangga. Dalam diam , mengalami stress ! Yelah , kat opis dengan kerjanya.. dengan masalah rakan sepejabat lagi ! Di rumah , dengan anak anak.. Camana nak uruskan semua masalah tu ???

Selain dari tu  Apa lagi yang ada dalam seminar ni ? Takkan ni je kot ? Boring la kan ? Takde ke cara cara nak tambah pendapatan ke ? Haa.. Dah bayar duit kan ? Mesti nak pulangannya ! Kan kan ?

Rileks laa.. ilmu yang dapat dalam ni , jauh lebih mahal dari pelaburan yang dikeluarkan untuk join seminar ni ! InshaAllah bermanfaat dan berbaloi ! Nasib baik aku lelaki.. kalau perempuan ,aku join dahh !

Panel panel bertauliah bakal hadir dan berkongsi ilmu dan pengalaman.  Antarnya ialah Pakar Motivasi dan Kaunselor Keluarga - Dr. Robiah K. Hamzah , Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora - Dato’ Dr. Nora Ashikin Mokhtar, Pakar Motivasi dan Aktivis (Timbalan Pengerusi Kumpulan PM Melati Sdn Bhd) – Datin Sri Dato’ Dr. Fadzilah Muhammad Ali dan Usahawan Cemerlang daripada MARA Selangor.

Tak pernah dengar ? Haaa.. Kalau tak pernah dengar , ni la masanya nak dengar dan curik ilmu serta tips tips kehidupan yang bakal membawa perubahan pada korang yang bergelar wanita ni !! Grr… aku nak gi gakkkk !

Menariknya , seminar sehari itu juga memberi peluang kepada para peserta teknik merias wajah daripada juru solek berpengalaman dan berkongsi suka duka kehidupan Ibu Halimah yang juga kini bergelar Usahawan daripada Jamu Mak Dara.

Wahhhhh… kena suruh wife gi gak ni ! Rugi tak amik peluang gini ! Tapi… camana nak join ? Boleh ke nak ajak kengkawan kat opis sekali ? Ada sijil ke ??? Haaaa.. Segala persoalan tu akan terjawab dengan sendirinya… dengan cara , sila hubungi penganjur ! Hehehehe..

image

Berikut adalah dari keratan akhbar yang aku dapat ! Maaf , aku copy paste je yer.. hehehe .. Kot la korang tak paham kalau aku guna bahasa aku.. maka gunalah bahasa kebangsaan kita.. hehehe..

“ Seminar ini terbuka kepada semua kaum wanita berkerjaya, suri rumah atau pelajar dengan bayaran RM200 bagi seorang peserta dan RM180 seorang bagi yang mendaftar secara berkumpulan 10 orang dan ke atas. Badan-badan korporat, agensi dan jabatan kerajaan, swasta dan persendirian juga dialu-alukan untuk menaja kaitangan masing-masing atau digalakkan untuk menghantar peserta di kalangan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO), ibu tunggal, kumpulan asnaf dan persendirian. “

Seminar akan diadakan pada:

Tarikh : 27 Mac 2016 (Ahad)

Lokasi: Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur

Masa: 8 pagi hingga 5.45 petang

Daftar Sebelum 20 Mac 2016.

 

Untuk sebarang pertanyaan :

Pengarah Program Puan Normala Hamzah (0192683579)

Rahana MD (012 2813848)

Huda Khalid (0123031005) dari Huda Hana Media Communications

 

Oh ya.. Dengar kata ada cabutan bertuah yang menarik ! Huhuhuh.. Selain dapat ilmu , mana tau ada rezeki lain lak.. kan kan ?

You May Also Like

19 comments

  1. Beli bahagia melalui ilmu...kelak nanti terjaga walau badai datang bertimpa2...risau skrg ni ben kes penceraian semakin meningkat hari demi hari penyebab faktor stress...ishhh jom grab pi seminar ni...untuk masa depan kemudian hari

    BalasPadam
  2. Untung wanita hari ini ada program2 mendidik macam ni. Kalau x ambik peluang lagi x tau la...

    BalasPadam
  3. macam menariksss seminar ni tapi yuran tuuuu..hehe

    BalasPadam
  4. Menarik seminar nie,bagus jugak kalau dapat join..

    BalasPadam
  5. Menarik.... Memberi ilmu yang menfaat utk kaum wanita... Surirumah pun kalau duduk kat rumah je mesti stress juga.... Jgn ingat yg kerja je stress... Huhuhuhu

    BalasPadam
  6. Bagus sebenarnya program2 macam nie...untung kaun wanita nie...

    BalasPadam
  7. seminar.. pastu ada cabutan bertuah pulak tu. wahhh besnya dapat ilmu

    BalasPadam
  8. program yang bagus untuk wanita...kena ambik peluang ni..

    BalasPadam
  9. nak gari laki? wanita kene pergi talk ini

    BalasPadam
  10. fuh.. ibu halimah ada jugak.. super menarik ni

    BalasPadam
  11. Mmh menarik ni,kalau cek free dah lama cek p. Takpa next time ada lagi,nak rehat puas2 dulu dlm pantang ni.sapa2 free sangat baguih utk p dengar dan belajaq ilmu mcm ni. Yang penting jumpa sahabat yang suka benda sama.

    BalasPadam