Qhaliff kecurian di Alamanda !

by - Ahad, Mac 13, 2016

 

Huk hik.. sedih daddy ! Aku tahu , betapa Qhaliff sayang sungguh dengan Oggy Bot dia ! Ni kali kedua dia hilang robot yang sama dan daddy kehilangan RM100 untuk membeli robot yang sama juga ! Tapi daddy tak kisah , asalkan anaknya gembira !!

Ceritanya gini.. Tadi di Alamanda , Qhaliff dan Zahra sibuk nak main ‘kuda bergerak’ tuuu.. Aku pun letak la Zahra dan Qhaliff atas kuda tu. Tak perasan lak mainan Qhaliff tu.

image

Selesai main , Qhaliff tanya mana Oggy Bot dia. Aku pun cari la.. Ingatkan tertinggal di Fish Manhattan.. Wife kata tak mungkin sebab dia nampak Qhaliff pegang masa keluar dari situ. Aku tak puashati dengan jawapan wife. Aku suruh wife dan Qhaliff gi tanya kat sana. Dan sekembalinya dari sana , dia geleng kepala. Sememangnya dia kata , Qhaliff letak atas stroller semasa main ‘kuda’ tu !

Wife tanya Qhaliff.. Dia jawab ‘ orang amik’ .. Hurmm.. Aku geleng kepala je la.. Nak tak nak , aku kena beli yang baru.. Aku malas nak bising. Dah salah sendiri. Letak macam tu jer.. Mesti ada budak tertarik punya.. Tak pe la.. Takde rezeki..

Aku masuk Toy’s R US untuk cari Oggy Bot dia tu.. Mintak mintak ada la. Dia tak kisah pon sebenarnya tapi aku yang beria ! Hahahaha.. Aku tak nak dia usung tablet g sana sini. Aku lebih rela dia usung mainan kecil. Kalau dia usung mainan, dia tak mintak mainan lain dah.. Dah cukup untuk dia atau kalau dia nak pon , mmg dia nak sangat la mainan tu ! Haaa..

image

Fuh.. nasib baik ada banyak lagi ! Ari tu tengok tinggal satu jer ! Huhhu.. Aku tanya dia.. nak tak ni ? Perghh.. Daddy lak beria suh amik ! Ni dah terbalik !!

Nak tak nak.. Qhaliff terpaksa amik ! Perghhh.. Terpaksa koooo ! Hahahaha.. Macam bapak paksa anak suruh amik mainan lak ! Ehh.. Dia tak nak tu.. nak yang lain !

image

Maka aku belikan laa yang ini.. Zahra pun nampak.. Dia pun nak jugak ! Adehhh.. Yelahh.. Daddy belikan jugakkk… Kalau tak muncung je laa minah ni !

image

image

Hurm.. dua dua mainan tu , RM98. berapa sen tah ! Confirm wife geleng kepala.. Aku ? Aku ok jer.. Rezeki aku tu , rezeki anak anak gak.. Tak guna nak kedekut ngan diorang.. Ada duit , aku beli je.. Takde duit ? Duk diam diam..

Dan selepas aku bayar , tiba tiba ada orang bagi email. Ada orang nak letak iklan di blog. Aku senyum. Sebab tu aku cakap kat wife.. Jangn kedekut dengan anak anak.. Rezeki diorang tu ada.. Allah dah sediakan untuk diorang.. Sekarang ni, entah ya entah tidak.. aku menumpang rezeki diorang.. kan kan ?

You May Also Like

5 comments