Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016
ELLE ZADA.. satu jenama yang sudah terkenal di media sosial ! Sebut jer , mesti orang kenal punya ! Dan bayangkan jika bergabung dengan selebriti yang cukup gah , Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin… Perghhhh ! Mesti tertanya hasilnya camana kan ? Apakah bertambah gah ? Adakah pakaian yang dihasilkan nanti , mampu milik atau harga setanding harga pakaian terkenal ? Hurmmm..
Ok.. semalam aku dan rakan rakan blogger ke salah sebuah hotel di Bukit Bintang bagi melihat sendiri sidang akhbar kolobrasi Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016.
Majlis dihoskan oleh Heliza Helmi dan Nik.. Masing masing mengayakan jubah Elle Zada yang terkini..
Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Normaziah dan Dato’ Zaini Tahar serta beberapa lagi selebriti jemputan. Majlis dirasmikan oleh Dato’ Normaziah selepas memberi sepatah dua kata ..
Bagi memeriahkan lagi suasana , ada gimik menarik dari kumpulan Bar-risan! Gimik ni bertujuan nak bagitau hadirin yang mana pakaian raya yang dikeluarkan oleh Elle Zada x Sam Syatilla adalah sangat berkualiti dan tak mudah koyak !
Kombinasi idea antara Shaheizy Sam dan Syatilla bersama ELLE ZADA menampilkan ciri ciri sofistikated , moden namun kekal praktikal. Ilham sentuhan Shaheizy Sam dan Syatilla ni menyerlahkan personaliti peribadi selebriti ini bercitarasa tinggi.
Dengan bertemakan 'Sediakan pakaian kemenangan , Fokus Ibadah Ramadhan' , sebanyak 60 koleksi baju raya yang merangkumi baju kurung moden , abaya , baju melayu , kurta , jubah wanita dan lelaki bakal dipasarkan tidak lama lagi.
Koleksi yang bakal dikeluarkan ini adalah dari fabrik yang sangat berkualiti dan premium.Harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan yang mana koleksi premium bermula dari RM150-RM250 mana koleksi premium ekslusif dari harga RM299-RM599.
Antara design yang bakal dipasarkan..
Dalam projek ini ELLE ZADA dan Sam Syatilla membuka kolaborasi kepada masyarakat umum untuk bersama menjayakan kempen pemasaran ini. Kolaborasi ini unutk mewujudkan keluarga bisnes yang besar untuk kongsi bersama hasil dari projek ini. Ahli keluarga bisnes ini terbuka kepada semua dan menawarkan 20% pulangan dengan bermodalkan hanya RM150.
Sebanyak 6000 permintaan untuk menjadi keluarga bisnes dan 1200 lebih daripadanya telah berjaya mendaftar. Sampai hari ni , permintaan masih bertalu talu masuk dan masih ramai ingin menyertai keluarga bisnes Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016.Latihan dan sokongan keusahawanan diberikan percuma kepada semua ahli keluarga bisnes projek ini.
Sebarang pertanyaan , sila ke..
Web : http://www.ellezada.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ElleZada/
Butik : ELLE ZADA PRINCIPLE BOUTIQUE
YOUR TUDUNG LABUH EXPERT!
No 12 & 12A Ground Floor Dataran Wangsa 1,
Dataran Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.
Email : ellezadaofficial@gmail.com
Secara jujurnya.. hehehe.. Aku sendiri terpikat dengan koleksi pakaian ELLE ZADA ni , sewaktu ke butik mereka di Wangsa Maju hari tu ! Huhuhh.. Dan aku nak pakai masa raya nanti !
#Inibarulahchampion , kan !!!
19 comments
yeah. leh g usha. butik dia kat wangsa melawati..
BalasPadammacam lawa je yang pink tu ...
BalasPadamnak ushar la nanti, hopefully ada sazi... cantik dah cantik dah tuuuu... *sempat lagi diet sebelum raya*
BalasPadamCantiknya warna emerld green tu
BalasPadamcun lah design dia!
BalasPadamKalau ada koleksi nursing friendly boleh beli 1 jdi koleksi..
BalasPadamboleh tahan jugak koleksi design yg ada..cantik..
BalasPadamSemua koleksi dia cantik2. Mera pun teringin nak ade sehelai dua. Heheh
BalasPadamtengok pun nampak kain dia berkualiti tinggi
BalasPadamyang pink tu cantik
BalasPadamDah boleh usha ni, shopping raya yeahh
BalasPadamoo butik di wangsa melawati. dekat juga tu
BalasPadamMemang tahan lasak baju ni sebab kumpulan Bar-Risan tu buat syow sehabis mungkin dia meliutkan baju tu fuhhhh rugi kalau tak beli...baik beli jom!
BalasPadamCantiknyaaa pakaian dia. Simple tapi elegant !
BalasPadamNak juga....
BalasPadamCantik semua pilihan baju,boleh la beli untuk raya nanti nie
BalasPadamNak beli satu! Cantik sangat rambang mata
BalasPadamCantiklah yg pink tangan kembang tu, macam princess
BalasPadamsemua cantik dan elegan, harga pun berpatutan.. cop merah utk raya!
BalasPadam