Takut tengok wayang !

by - Jumaat, Mac 11, 2016

 

Aduhhh… Orang lain beria nak dapatkan tiket tengok movie Boboi Boy ! Tapi anak aku ni , beria nak melarikan diri dari tengok wayang ! Adudududu… Rugi daddy RM23 termasuk GST !

Sebenarnya aku memang was was dengan dia ni. Dia memang tak minat. Sama macam mak dia. Tak suka bising ! Dan mak dia dulu, kali pertama tengok wayang , balik tu terus solat taubat ! Hahahahha…

Aku booking tiket , awal pagi. Show jam 3.40 petang. Plan abis movie ( tak mungkin abis punya ) , terus amik mak dia kat Putrajaya. Namun segalanya berubah…

Jam 3.30 petang , aku melangkah masuk je ke GSC Alamanda , Qhaliff terus lari keluar !

image

image

Paksa la camana pun , dia tetap tak nak ! Dia terus melangkah pergi meninggalkan aku ! Hahahaha.. Terpinga pinga aku dibuatnya.

Akhirnya… aku mengalah ! Jom Baskin Robbin…

image

Dan abang abang kat sini , rajin benar la melayan dia ! Huhuu….

image

Dan daddy masih tak percaya.. RM23 terbakar begitu saja ! Boboi Boy atau Kungfu Panda , tidak berjaya menarik minat dia ! Hurmm…

You May Also Like

7 comments

  1. hahahaa.. kami burn 29.. senyum jer keluar panggung dlm pasrah.. sebelum tu beria angguk2 kepala nak tgk boboiboy. masuk je dalam, teriak tunjuk ke pintu keluar..tak ingat dunia nangisnya .. bertabahla..

    BalasPadam
  2. Balik dari tengok wayang terus solat taubat? hahahahhaa... jahat aben!!!

    BalasPadam
  3. Alahai la Qhaliff... cian Daddy ye hangus RM...

    BalasPadam
  4. kitorang laki bini burn jugak tiket.. bukan sebab x masuk.. masuk laa tengok dlm 15 minit..tp sebb tengok kartun anaknya teruja pulak kat dalam tu..sebb xnak ganggu org lain, kena gak laa keluar.. frusttt..

    BalasPadam
  5. abg ben lepas ni cba offer zahra pulak..tapi tawakkal la RM tu..hihihi..ala ala testimoni..tapi bagus juga Qhaliff tak suka tengok wayang..

    BalasPadam
  6. Hmm ada benda lain dia nak tu Ben ...

    Kalau macam anak aku .. dah merajuk macam ni, memang ada benda lain yang dia nak tapi tak mo nak cakap sbb takut kena marah atau tak dapat.

    Budak2 ni suka memendam.

    BalasPadam
  7. dia biasa tengok video2 boboiboy tak? mgkn ada la tu dia x slesa apa2. hehe. sy pun takut kalau bawa anak2 ni. slalu pegi time thari sbb tahu dah anak2 nak tdo. kihkih..

    BalasPadam