Bukan mudah jadi ‘founder’ !

by - Jumaat, Mac 25, 2016

 

Penat.. Terabai blog ! Itulah yang berlaku pada aku ! Aku makin kurang update blog. Entri pon tak sampai ke jiwa.. Idea banyak tapi dah terlalu sibuk ! Siang meeting.. Pastu jaga anak.. Malam , lepas anak anak tidur , baru aku ada masa.. Tapi sekarang ni ,bila anak tidur.. ngan aku aku tidur !

Sebagai founder Kelab Blogger Ben Ashaari , aku terpaksa berjumpa dengan mereka yang berminat nak dapatkan khidmat blogger ! Untuk pengetahuan , aku tak pernah amik sesen pon duit komisien dari setiap job yang aku terima ! Walaupun ada mulut puaka yang dok usung cerita mengenai aku dok makan duit blogger , aku diamkan jer. Sebab apa ? Semua orang tau hakikat sebenar !

Ini salah satu client terkini.. Bukan mudah nak deal dengan orang berpengalaman. Namun semua ni , pengalaman untuk aku.

image

Penat ? Serius penat. Paling mengecewakan , blog aku terabai ! Aku hilang aura untuk menyampai cerita cerita pada pembaca. Jalan cerita aku sekarang , meleret dah ! Aku frust !

Tu belum lagi part karenah anak anak buah. Hurmm.. Nasib baik ada ‘AJK’ dan ‘ orang lama ‘ yang boleh pantau dan beri nasihat jika ada isu isu dalaman.. Kalau tidak ? Fuhhhh… Hypertension aku ! Hahahaha..

Menyesal ? Takde maknanyaaa.. Aku berbangga dengan team aku yang sememangnya mereka berbangga menjadi sebahagian dari team Kelab Blogger Ben Ashaari !

Walaupun aku penat.. selagi terdaya aku akan terus curahkan pengalaman aku pada rakan blogger terutama yang memerlukan secuit ilmu dari aku.. Yang penting , bila dah berjaya nanti.. jangan la lupa diri ! Huhuhuh.. Kecewa aku..

You May Also Like

10 comments

  1. Kipidap Dongibab.

    Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hambaNya yang sabar.

    BalasPadam
  2. Keep moving Aben...KBBA9 need one another.

    BalasPadam
  3. terima kasih abg ben sebab byk bagi tips kekal dlm dunia blogger ni..Jiwa harus kental dan banyakkan bersabar..

    BalasPadam
  4. Biar la mulut2 puaka tu abg ben..sekurangnya abg ben bantu blogger2 baru macam kitaorang ni..

    BalasPadam
  5. "..dah berjaya jangan lupa diri.."...yes ingat sampai bila-bila tu..itu pesan abg ben masa review blog PC yang masih hijau lagi berlumut ni...tq abg ben..in sha Allah tak lupa..amin.

    BalasPadam
  6. Ben, julia lama perhatikan ben....kuat daya tahan dan kuat sabarnya...julia tahu ben memerhati kami juga...sehabis daya untuk berikan yg terbaik, insyaAllah mana2 sahaja julia pergi, nama KBBA akan di sebut2 dimana sahaja...abaikan mereka berkata negatif...memang sakit rasanya tp orang berjaya upah ujian mmg lumrah mcm tu ben...jgn risau...wpun adakala julia diam...tp hashtag kbba tetap guna utk sebarang preview personal...semoga dipermudahkan founder...amin

    BalasPadam
  7. Salute abg ben..sanggup pergi meeting..buat itu ini..semoga allah balas jasa abang ben. Kami kbba akan bantu abang ben sedaya mungkin

    BalasPadam
  8. Penat-penat insyallah akan ada hasilnya. Tahniah bro Ben.

    BalasPadam