Review atau promosi makanan ???
Perbualan singkat semalam bersama seorang kenalan blogger yang cukup berpengalaman dalam niche dia , adalah sesuatu yang sangat bermanfaat bagi aku. Sayangnya , terlalu singkat pertemuan itu. Moga dapat duduk semeja dan berbual panjang lagi..
Katanya , dia ‘terpinga-pinga’ cara kerja blogger di Malaysia terutama dalam mereview makanan dan juga hotel. Berbeza di tempat dia. Secara jujurnya , aku menyokong apa yang dia kata tu. Itu yang sepatutnya dan tampak lebih telus tetapi apa yang berlaku di Malaysia ni sebenarnya lebih pada mempromosikan restoran mereka.Itu yang aku beritahu mereka..
Ini kerana majoriti blogger yang gi review makanan ni adalah blogger yang tahu makan ! Termasuklah aku. Maksudnya , blogger gi makan di restoran.. jika sedap , mereka war warkan.. Jika tak sedap , mereka bagitau tokey..
“ Bosss.. tak sedap !! Camana mau promote kalau tak sedap ni ?? “
Dan perlu ingat.. tekak manusia ni macam macam ! Ada kata sirap bandung tak best ! Ada yang kata air paling best sirap bandung ! Haaa..
Untuk jadi reviewer ( lebih tepat lagi sebenarnya ) , mereka perlu ada ilmu dalam bidang tu. Maknanya ,bila sesuap sudu makanan tu masuk ke dalam mulut dia , dia tau dah bahan yang digunakan.. apa lebih dan apa yang kurang ! Haaaa ! Ini skill , aku takde ! Hahahha.. Sesudu masuk dalam mulut aku , aku analisa dengan tekak aku..
“ Waah.. sedap sungguh ni atau aku tengah lapar sebenarnya ni ? “
Atau…
“ Hurmmmm…. kurang garam atau aku kekenyangan ni ?”.
Itu bezanya… Blogger yang mahir dalam bidangnya atau amatur seperti aku. Sebab itu , blogger seperti aku ini menarik minat mereka yang setia menyokong aku dari dulu lagi atau terbaru.. Berbanding reviewer sepertinya itu , dibaca oleh mereka yang mencari info mengenai makanan tersebut ! Berbeza kan ? Tapi caranya , memang aku lama dah impikan ! Hahahah.. Tapi persoalannya , apakah tokey restoran bersedia untuk dikritik ???
“ Ni laa melayu ! Asyik nak jatuhkan melayu jer ! “.
Ah, sudah.. kita ni niat nak tolong dia perbaiki bisnis dia tapi dok kata macam tu.. Acaner tu ?? Haaaa.. Pening dik oiiii !
Nahhh.. susah susah.. review je roti ! Senang cita.. Cicah dengan kopi di kala hujan lebat sedang turun !
“ Ya Allah.. sedapnyaa ! “.
Cara kawan tu menarik tapi aku tak rasa , Malaysia sedia menerimanya lagi ! Kalau tak , lama dah chef chef di Malaysia.. buat gaya gini kan ? Tapi mereka lebih tahu suasana di Malaysia camana.. hehehe.. kan kan ?
6 comments
Betul tu... Huhuhu
BalasPadamha..itu paling sedap..hehe
BalasPadamBebebrapa hari lepas pon rview kedai makan jga. Bolognese dging tu rasa tak sedap... Mcm bau tanah and dging mentah.. Hee trus bg nota kt boss dia. Naseb baik dia ok and mnta maaf
BalasPadambetul jugak..tekak org ni lain2
BalasPadamSetuju.... Dan paling setuju part last. Roti cecah kopi o memang asyik di kala hujan. Boleh habis sebungkus! Hehee
BalasPadamSetuju...setiap orang lain seleranya...
BalasPadam