Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 20 Mac 2016

#APO2016 :Kenapa perlu mengundi BEN ASHAARI ?

 

image

Ok.. Blog aku tercalon dalam Blog Pilihan Online di Anugerah Pilihan Online anjuran Mstar | Suria Fm | Dnars 2016. Bangga ? Bangga tu memang la bangga.. kan ?

Biasanya aku tak turut serta walaupun tercalon seperti di beberapa anugerah sebelum ni.. Sebab malas nak meraih undi dan menyusahkan kawan kawan. Dan tiada kepuasan pon sebenarnya menang melalui undian ni. Aku lebih suka menang atas tiket pilihan juri namun itu adalah sangat mustahil. Yer , blog aku tak best mana pon ! Aku sedar sangat.. kan kan ?

Cuma kali ni aku nak join , sebab KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ! Tahun ni aku cadang nak bawak kelab ni melangkah lebih jauh. Seperti yang korang tahu , kelab ni semakin banyak membuat kerja kerja kebajikan serta job job berkumpulan. Bukan fokus untuk KAYA tetapi lebih pada kerja kerja bermanfaat !

Kalau menang camana ? Terus terang.. kalau aku menang pon , sikit pon aku tak bangga ! Sebab ? Inilah adalah kemenangan rakan rakan yang menyokong benashaari.com ! Mereka yang mengundi dan mereka yang bersatu ! Selayaknya , mereka yang mendapat penghargaan ! Tercalon dalam TOP 5 akan membuatkan Kelab Blogger Ben Ashaari dan juga nama blogger blogger kecil seperti aku ni dipandang positif oleh masyarakat media sosial. Tak semua blogger bawak cerita sampah di blog mereka !

Tetapi menang itu amat mustahil kerana aku dah terlalu jauh ketinggalan ! Dah terlewat ‘berkempen’ ! 12 hari ketinggalan gituu.. Hehee.. Maka aku buat semampu mana yang boleh.. InshaAllah ..

Apa pun , jutaan terima kasih pada rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari yang menyokong… rakan rakan di media sosial seperti Facebook yang sudi meluangkan masa mengundi tanpa rasa bosan.. hehee.. rakan rakan yang mengenali aku.. yang turut mengundi.. hanya Allah saja boleh membalas budi baik kalian.

Kalah menang , tu bukan persoalannya.. Yang penting , sokongan kalian pada blogger kecil seperti aku ni.. Maklumlah , sekadar cerita pasal anak je di blog.. ehehe ..

Cara mengundi ? Ok.. mudah jer.. Mula mula masuk ke APO.MSTAR.COM.MY

image

Kemudian LOG IN guna Facebook , Twitter , Gmail. Pilih salah satu pon ok dah..

Lepas LOG IN , gi ke CALON APO.

image

Pastu.. hehehe ..

image

Letak je nama BEN ASHAARI di ketiga tiga ruangan tu.. lalalalal… Tu jeeee ! Settle ! Mudah kan ? Ok…. kena buat hingga hujung bulan ni.. Kalau ada rezeki , tercalon pada TOP 5 lak.. heeee.. tu cerita lain !

Apa apa pon , jutaan terima kasih atas sokongan korang..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI