Berbaloi ke makan chicken mandi kat Balqis Restaurant , Putrajaya ni ?
Kalau aku kelaparan yang betul betul lapar , memang sinilah tempat aku dan keluarga tuju ! Berbaloi punya makan tanpa rasa bersalah ! Memang akan licin punya walaupun sedulang nasi. Dia punya nasi tu memang aku boleh telan walaupun tanpa kuah dia tu. Sebijik sebijik nasi dia. Ayam dia ? Pergh... sekor aku leh telan. Hahaha.. Nasib baik pencabar dah ada sekarang ni. Si Qhaliff juga hantu ayam.
Manakala Aariz dan Zahra lak, hantu pizza kat situ. Nipis pizza dia tapi sedap ! Kalau tebal tebal , memang boring nak kunyah. Hahahaa.. Kalau tak suka nasi mandi , pizza.. jangan risau ! Ada banyak lagi makanan yang korang akan kagum punya ! Cuma aku tak sempat nak rasa sebab aku ke sana memang untuk makan sekenyang kenyangnya ! Hee.. bayangkan, setengah dulang aku leh makan tadi dan menariknya, setitik air pun aku tak minum selepas makan. Tak dahaga dan tekak tak kering ! Haaa.. faham tak maksud dia ? Hee.. Di rumah baru aku minum air.. air suam panas halia ! Baru tak boroi perut.
Apa lagi yang ada kat Balqis Restaurant di Putrajaya ni ? Erk... apa kata aku backlink terus je ke web Balqis Restaurant ni termasuk alamat tepat dia. Kalau nak gi ramai ramai, aku nasihatkan lepak kat luar dia. Kalau petang hari , best ! Damai je dan sejuk.
Selain makanan dia, staff dia pun ok. Tempat best dan luas. Berbaloi sesekali makan beramai ramai.
0 comments