Jangan bawa anak anak tonton MechaMato Movie !

by - Sabtu, Disember 10, 2022

Kalau korang dan anak anak suka layan Boboiboy , mesti akan layan Mechamato ni. Kan kan ? Tak gak.. heee.. aku tak tengok Mechamato ! Kenapa ? Tak sempat la. Dan tak nak terikan nak ikut bersiri siri. Huhuh.. Tapi kalau layan , memang best. Animasi dan skrip dia menghiburkan. 

Dan aku tahu adanya movie ni , si Aariz dan Zahra yang bagitahu. Bersungguh diorang tunggu dari beberapa bulan lepas. Ajak tengok bila keluar di panggung. Dan bila tiba masanya, mak diorang takda ! Gi London. Tinggallah aku dengan diorang je. Camana nak tengok ?? Tunggu mak dia balik ? Cerita dah basi dah. Hahahaha.. Tak syiok laa..

Nak tak nak.. semalam , aku bawak diorang gi layan. Booking tiket awal. Kalau tengok pagi sebelum jam 12 tenghari , tiket murah sikit.. Aku rasa la. 



Aku kasi 9/10 bintang. Walaupun tak logik, ko nak kata apa ! Kartun je pun. Tapi kalau tambah sedikit kelogikan tu, nampak best skit la. Contohnya apa ? Setiap kali diserang robot jahat , polis ngan askar takda ke ? Takkan harap hero je jaga bandar ? Haa.. tu je la. Hahahaha.. Tu idea kasi real skit la. Baru hero tu makin gempak nampak.

Skrip dia santai sangat. Suka suka ! Tak kasar pun dan bagusnya mereka mendidik anak anak kita dengan cara tersendiri. Beri salam itu penting ! Dan banyak lagi la. Aku tertidur 5 minit sebab tak larat sangat dah tahan mata. Dari awal pagi berjaga sepanjang ketiadaan isteri di sisi. Semua aku kena uruskan seorang diri. Nasib anak anak dah besar dan membantu. 

Gi la tonton kat panggung. Confirm anak anak terhibur. Cuti sekolah kan.. Oh ya.. kenapa tajuk aku macam tu ? Hee... Jangan bawa sekali je. Sebab tak puas nak layan sekali. Persoalan kenapa nama dia AMATO ? Boleh baca kat AKU DAH TAHU KENAPA NAMA DIA AMATO MECHAMATO !

Ni cerita apa lak ??? Tunggu keluar masa raya je la..

 

You May Also Like

0 comments