Ben Ashaari punya telur goreng berempah !

by - Isnin, Disember 12, 2022

Kali pertama aku buat , aku tak yakin ianya sedap. Hee.. Rupa rupanya tanggapan aku meleset sama sekali. Sedap weh ! Pastu aku cuba bagi kat anak anak aku yang payah nak makan telur tu. Masing masing menolak apatah lagi bila nampak ada 'hijau' ! Adeh..

Aku kasi kat Zahra dulu. Dia kata sedap ! Terus berselera dia makan. Bila diorang tengok Zahra makan dengan penuh selera , diorang pun cuba. Dan akhirnya, diorang mintak tambah. Huhu.. aku punya la diorang amik. Tak pe.. Asalkan diorang makan. 

Resepi dia ? Mudah jer. Apa saja herba yang ada di rumah tu, korang campurkan jer. Pastu bila goreng telur tu, jangan masak 100% ! Kena lembik lembik sikit. Dalam 70% gitu jer. Biar yang lembik tu jadi 'kuah'. 

Kalau nak sedap, biar ada oregano , garlic, halia , black pepper  dan tumeric. Dan kena makan masa telur tu panas panas dan nasi panas. Kicap tu tak semestinya ada tapi kalau budak suka, letak la skit. Sos cili aku tak pernah buh. 




Kalau tak nak nasi pun ok jer. Guna sebijik dua telur jer. Maklumlah , telur skang umpama emas dah. Jimat jimat je la. Yang penting sihat. Kalau korang nak tambah bawang cili potong bagai tu atau nak letak garam secubit rasa.. ikutlah. Aku tak pernah try lagi buh semua tu. Aku memang nak elak tambah garam dalam makanan yang aku masak sendiri. Asal kenyang dah. Alhamdulillah. 

 

You May Also Like

1 comments

  1. bagus la kalau anak-anak suka. tapi anak-anak ida kalu telur resepi apa pun diorang suka.haha

    BalasPadam