Sakit bahu ? Sakit lutut ? Sakit sendi ? Sakit belakang ? Jangan biarkan !

by - Khamis, Disember 15, 2022

Aku pernah nak berhenti dari bersukan gara gara sakit lutut. Rasanya dah tiba masa kot atau aku kena cari sukan yang lebih relaks seperti main dam ular atau Saidina. Erk ??? Biar betul ?? Hahahaha.. abis berlemaklah badan aku nanti. Tak sanggup. Paling menakutkan, penyakit 3 serangkai bakal menyerang. Bahaya sungguh ! 

Pelbagai cara aku buat. Urut pun dah. Guna guard untuk jaga sendi tiap kali gi gym tu adalah wajib. Sampai naik segan gak la kat orang di gym. Abis semua sendi aku pakaikan guard. Heee... tapi sampai bila kan nak pakai ? 

Akhirnya aku roger The Rehab & Physio. Puan Atikah , fisioterapi berpengalaman berbelas tahun dalam dunia fisioterapi datang ke rumah untuk buat rawatan pada lutut aku dan siku. 2 kali rawatan , alhamdulillah, dah sembuh sepenuhnya tapi aku tetap kena berhati hati ketika bersukan kerana ianya boleh kembali. 

Namun, adalah satu kemestian, aku dapatkan rawatan setiap sebulan sekali atau dua bulan sekali untuk meredakan ketegangan pada otot otot yang bekerja setiap hari. Penting tuuu ! Jangan pandai asak je tapi tak pandai nak belai. Rosak otot dalam jangka masa panjang. 


Guard untuk lutut dan siku yang senantiasa jadi peneman. Sekarang boleh simpan semula.

Sekarang untuk mudah , aku buat temujanji dan terus The Rehab & Physioterapy milik Puan Atikah di Bandar Saujana Putra , Selangor. Tak jauh dari Putrajaya , Shah Alam , pusat fisioterapi ni memang mudah untuk dikunjungi. Masalah parking pun tiada. Cuma kena bayar secara online je la. Download aplikasi Flexi. Mudah je pun. 

Kali ni aku ke sana adalah untuk merawat ketegangan pada bahu dan leher. Siku pun ada lagi berbaki skit. Sengal sengal tu adalah. sikit skit. Pastu buat sedikit sport massage pada bahagian belakang badan yang non stop bekerja keras sejak wife gi London. Hahaha.. Penat wooo..

Pusat fisioterapi ni baru buka ! Selesa , bersih dan luas.  InshaAllah akan ditambah lagi peralatan peralatan canggih untuk rawatan fisioterapi. Buat masa ni alatan yang ada pun dah bagus pun. Bukan calang calang punya !  

Antara rawatan fisio yang mereka boleh berikan adalah seperti mereka yang alami stroke , osteoarthristis, pediatrik , sakit belakang dan banyak lagi. Rujuk web mereka di The Rehab & Physio.








Alhamdulillah.. lega rasa badan. Kembali bertenaga dan kuat tapi tetap berhati hati pasni. Heee.. Pasni nak kembali untuk buat terapi pada kaki aku. Gitulah adanya. Bersukan tapi kena jaga badan juga.  Kalau korang tak boleh nak datang , mereka boleh ke rumah korang. Tapi sebelum tu, boleh tanya terus pada mereka. Jangan segan segan. 

Alamat
The Rehab & Physiotherapy 
No 24 Jalan SP 5/4 Pusat Perdagangan Bsp
Bandar Saujana Putra
42610 Jenjarom Selangor

 

You May Also Like

1 comments