Penerbangan lewat padahal dah terbang pun ! Ke mana perginya ??

by - Rabu, Disember 07, 2022

Penerbangan dari KUL patut dah tiba. Tunggu mesej kat Whatsapp , tak ada apa apa ! Sunyi. Tengok jam , dah lebih masa. Apa dah jadi ? Risau ! Anak anak tanya. Dah sampai ke belum ?? Hurm.. " Belum. Patut dah sampai. " jawab ringkas. 

Nak check ngan sapa ?? Teringat baru baru ni ada satu kes yang aku follow di Twitter mengenai penerbangan seorang VVIP luar negara , aku terus Google mencarinya. Aku masukkan nombor penerbangan di ruangan kosong Google. Kemudian klik.

Keluar beberapa pilihan dan aku pilih FlightStats ni. Kemudian details penerbangan ada di situ lengkap. Aku perhatikan bahagian ketibaan di sana. Kenapa jauh lari masa ??? Aku check masa di sana. Dia patut tiba jam 5 pagi waktu sana tapi berubah menjadi 9+ pagi. Apa kes ??? Takkan dia ada transit mana mana ? Setahu aku takda la pulak. 


Aku klik LIVE TRACKER MAP. Boleh caya ke LIVE ni ? Ke ada delay masa ? Aku zoom in kapal terbang tu. Bergerak ! Laluan asal berubah ! Apa kes kat sini ?? Tiba tiba berpatah balik. Jauh lak tu. Iskhh... semoga takda apa apa berlaku. 

Alhamdulillah.. Kapal terbang pun dah masuk ke ruang udara Eropah ketika aku  tengok tu. Cuma tak pasti apa yang berlaku. Kalau tengok dari peta tu, di ruang udara Afganistan. Mereka berpatah balik ke arah India/Pakistan. Hurm..

Tak pe la.. Tunggu je. Dan aku tetap ikuti penerbangan tu setiap setengah jam. Aku nak tengok apakah LIVE TRACKER MAP ni betul betul tepat atau tidak. 





Dan akhirnya mendarat. Aku tunggu dalam 10 minit. Dia hantar mesej. Dia bagitau dah selamat tiba. Alhamdulillah. Katanya ada kecemasan dalam kapal  terbang. Terpaksa ke Lapangan Terbang Chennai untuk hantar orang ke hospital. Masa tu jam 6 pagi waktu Malaysia. Maka 17 jam dia dalam kapal tu.Berlengas le jawabnya. 

Apa pun.. segalanya dah selamat. Dan dia berjaya menjejakkan kakinya buat pertama kali ke bumi Eropah , seorang diri ! Tu gunanya kursus yang dilaluinya satu ketika dulu. Membina jati diri. Kalau tak, mau mengelabah gak la gi sana sorang sorang. 

Baca juga entri INI.

 

You May Also Like

2 comments