Jangan biarkan anak anak batuk berlarutan !

by - Isnin, Disember 12, 2022

Dua minggu sebelum cuti sekolah hari tu, Zahra batuk batuk. Aku risau. Bawa ke klinik untuk pemeriksaan , kata doktor paru paru dia tak kuat. Doktor tanya apakah bapa dia merokok atau ada bela kucing di rumah ? Mestilah tak. Puncanya ? 

Aku syak dari sekolah. Ramai je murid murid tak pakai pelitup muka sekarang ni walaupun tak sihat. Kalau keluar ke tempat makan pun gitu gak. Anak anak dok batuk kering dan berkahak. Tak pakai pelitup muka. Sepatutnya pakaikan mereka. Dua sebab. Satu untuk elakkan dari orang dari dijangkiti. Kedua , mampu mengurangkan batuk mereka. Ketika ni mereka amat sensitif terhadap habuk habuk , asap apatah lagi pencemaran udara.

Mereka perlu banyakkan berehat di rumah. Elakkan dari paru paru bekerja banyak. Kena kerap berikan air suam pada mereka. Aku berikan diorang air suam panas campur madu dan halia. Kemudian beri suppliment yang tinggi Vit C. 

Ketika mereka sihat , jangan galakkan mereka dengan makanan serta minuman yang banyak gula. Aku nak kasi nasihat pun, aku bukan doktor. Apa yang aku boleh buat , aku buat pada anak anak aku agar kesilapan lalu tidak berulang kembali yang mana aku biarkan Zahra dengan batuknya akhirnya paru paru dia diserang kuman ! Batuk lama sangat ! Huhu..







 

You May Also Like

0 comments