Maaf, kami tak makan durian !

by - Khamis, Disember 29, 2022

 Yaa ! Aku pun tak tau kenapa sedangkan dulu, aku hantu durian. Pantang terbau je mesti terliur. Wajib mintak mak aku buatkan nasi durian ( nasi panas + santan + durian ) dan mampu abiskan seperiuk. Gitulah kegilaan aku pada durian. Tu belum lagi kalau jumpa roti jala ngan serawa durian. Boleh mengelupur aku jadinya ! Hahahaha.. 

Tapi sekarang ni , aku tak tau kenapa aku tak teringin nak makan durian dah. Zahra pula mewarisi kegilaan aku tu. Hahahaa.. Dia pantang nampak dan terbau durian , dia akan mintak. Tapi dia ada kesabaran di luar batasan. Boleh tunggu hari demi hari.Bayangkan dia nak makan durian sebelum dari mak dia nak ke London selama 2 minggu hinggalah dah balik.. baru dapat makan bersama sama ibunya. Baru syok gitu ! 

Manakala jantan jantan di rumah aku termasuklah yang menaip ni , hanya melihat dari jauh. Bau pun tak leh. Pening. Bagi Aariz, bau durian tu busuk ! Zahra siap boleh kejar diorang dengan isi durian tu. Bertempiaran lari masing masing.




Tapi nafsu aku terhadap durian boleh mengelodak bila ternampak durian Duri Hitam atau durian Balik Pulau ! Automatik aku boleh makan durian. Hahaha..  Jangan tak caya ! Masa tu aku boleh abiskan 2 biji sekali jalan. Alang alang nak makan, biar puas betul betul . Bagi yang pernah rasa Duri Hitam Balik Pulau ni, mesti tau kenapa ! Kan kan ?

Orang ada tekanan darah tinggi boleh ke makan durian ? Dari apa yang aku baca, boleh tapi jangan berlebihan pastu kena banyak minum air. Apa pun, tanya doktor anda sendiri. Hee... Kalau takut , jangan makan. 

You May Also Like

0 comments