Apa itu UASA ? Alamakk , camana dengan anak anak aku ni ?
Setiap hari aku baca kejayaan anak anak di media sosial. Seronok melihat mereka. Anak anak sudah berjaya menjadi insan yang dibentuk dengan kecemerlangan dunia dan akhirat. Sejuk perut si ibu yang mengandungkan mereka. Alhamdulillah..
Ada yang tak berjaya dalam akademik tapi berjaya dalam kerjaya mereka yang mereka ceburi. Itu pun sudah dikira berjaya ! Tak semestinya kena cemerlang dalam akademik dan menjawat jawatan tinggi atau bergelar profesional baru dikira berjaya. Tak... Paling utama dalam 'berjaya' ni ialah tidak menyusahkan orang lain dah malah membantu insan insan lain yang memerlukan bantuan dan seterusnya , tidak sama sekali lupakan asal usul terutamanya kepada Sang Pencipta.
Cuti sekolah dah tiba penghujungnya. Anak anak dah nikmati hari hari 'rehat' mereka. Ke sana sini.. bermain dengan puas sesama mereka. Dah merasa ditinggalkan oleh ibu mereka dan dijaga oleh si ayah saja. Heee.. Alhamdulillah.. satu pengalaman yang tak sangka sangka aku rasai.
Dan tiba tiba aku tersentak dari lamunan ! Kecoh bab UASA ! Erk.... apa tu ? Sapa lak yang kena hadap ni ? Grup whatsapp dan telegram melibatkan akademik anak anak ni banyak. Aku pening. Mana satu nak hadap ! Tenang tenang.... Kita belek satu satu...
Ok , baru faham ! Nasib baik aku dah masukkan Qhaliff dalam kelas tambahan setiap malam bersama FlyHigh Training Centre dan juga RelyEdu. Tak kalut la sangat. Cikgu cikgu banyak membantu dia dan juga aku. Maklumlah, aku pun kena belajar gak sebab silibus anak anak sekarang ni lain maciam skit ! Masih terlalu jauh lagi perjalanan anak anak.
Main , boleh main. Belajar tetap belajar.
Perkongsian UASA Secara Ringkas
Soalan : Apakah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)?
Jawapan :Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik, Kemahiran kognitif/intelektual serta penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran akan dinilai. UASA akan dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya.
Jawapan :Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik, Kemahiran kognitif/intelektual serta penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran akan dinilai. UASA akan dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya.
Soalan: Murid Yang Terlibat Dengan UASA?
Jawapan: Murid-murid yang terlibat dalam UASA adalah seperti berikut :
🔖Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
🔖Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3
Soalan: Mata pelajaran UASA Sekolah Rendah (Tahap 2)?
Jawapan: Peperiksaan UASA bagi peringkat sekolah Rendah (Tahap Dua) pula melibatkan 5 mata pelajaran iaitu :
🔖Bahasa Melayu
🔖Bahasa Inggeris
🔖Matematik
🔖Sains
🔖Sejarah
Mata pelajaran lain disediakan oleh pihak Sekolah sendiri.
Soalan: Mata pelajaran UASA Sekolah Menengah Rendah?
Jawapan:Untuk makluman, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan bagi peperiksaan UASA bagi peringkat Menengah Rendah.
Jawapan:Untuk makluman, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan bagi peperiksaan UASA bagi peringkat Menengah Rendah.
Soalan: Tarikh Pelaksanaan?
Jawapan:Berdasarkan garis masa, peperiksaan UASA dijangka akan berlangsung sekitar minggu ketiga Januari sehingga pertengahan Februari 2023.
Pertanyaan : wasap.my/60105433732 ( Puan Yanti )
2 comments
betul tu..silibus sekarang dah tak macam dulu. banyak kena belajar lagi ni
BalasPadamMemang buat risau UASA ni, seram pun ada. Nanti nak tengok laa pakej baru ni sebab harga cun
BalasPadam