Kelas tuisyen online yang berbaloi untuk anak aku !

by - Rabu, Oktober 12, 2022


2 tahun Qhaliff Iman , anak aku ketinggalan banyak dalam pembelajaran. Kedatangan ke sekolah pun tak cemerlang dek kerana kesihatan. Sian tengok dia. Baru baru ni ada perjumpaan dengan guru kelas dia. Dari segi rekod yang diberikan , banyak la perubahan dia berbanding ketika sebelum pandemik Covid 19 bermula. 

Alhamdulillah.. Aku berterima kasih sangat pada FlyHigh Training Centre yang tak putus putus mengajak mereka yang punya anak di bangku sekolah rendah ni , ikuti kelas tambahan berbayar ( murah je wooo ) setiap hari ! Bukan lama pun. Ada jadual, ada rakaman , ada nota ! Jika tak faham , boleh je tanya melalui whatsapp dan mereka akan bantu menyelesaikan masalah anak kita tu. 

Bermula dari tahun 3 hingga tahun 6 , mereka hanya perlu mengadap laptop dan sesekali akan ada kelas bersemuka di lokasi lokasi tertentu dalam bentuk bengkel yang dibimbing oleh guru elit yang penuh pengalaman. 



Sekarang dia Tahun 4.. sedang mengejar silibus silibus yang dia ketinggalan. Tak perlu nak sempurna pun. Lebih pada pemahaman. Bukan nak kejar A tapi nak dia mampu berfikir dengan baik. Tu je aku nak. Sehingga kini, dia masuk je kelas tuisyen setiap malam. Malah hujung minggu pun ada kelas agama. Alhamdulillah... sekurang kurangnya aku mainkan peranan aku sebagai seorang ayah, berikan pendidikan pada anak anak. 

Ada dua pilihan... kelas Flyhigh atau Rely ! Ikut kemampuan kita. Tiada paksaan. Pandang muka anak , dan pilihlah yang terbaik untuk mereka. 

Pertanyaan ,  whatsapp ke : Wasap.my/60105433732 

You May Also Like

1 comments

  1. Wow.. mmg berbaloi tuisyen dkt rely dan fly.. cikgu semua bukan tutor biasa2.. semua dr kpm, jais dan jakim

    BalasPadam