Punca sakit bahu dan lengan aku !

by - Selasa, Oktober 11, 2022

Sakitnya lengan aku hingga aku tak boleh nak genggam raket badminton apatah lagi nak buat chin up ! Cukup pelik la kenapa boleh terjadi sedangkan sebelum ni . ok jer. Aku buat fisioterapi dengan dry needling , ok sekejap pastu jadi balik. Kemudian aku minta terapist dari The Rehab & Physio Specialist yang 'betulkan' lutut  aku datang rumah dan buat fisioterapi dengan dia. Memang kaw kaw dia kasi kat lengan aku ni. Terasa lega sangat. 

Kemudian dia cakap punca utama ialah bahu. Guna terlebih sangat ! Apakah disebabkan aku terlalu kerap workout di gym ?? Atau faktor usia ? Aku cam... Apakah aku perlu bertukar bidang sukan ? Main golf ?? Erk... atau berbasikal di lebuh raya bersama team yang ramai awek cun cun ??? Gulp..

Alhamdulillah.. lega sangat lengan dan bahu aku selepas buat fisio. Tapi dua tiga hari kemudian , sakit tu datang semula. Aku mencari punca. Di mana salah aku ??? Nak kata sebab teknik di gym, sama je dari dulu. Takkan sekarang baru nak sakit ??? Tak mungkin. 

Aku rasa sebab pakai jam ketika bersenam ! Haaa... atau beg sling yang selalu di bahu aku menjadi punca ???? Aduh.. Aku cuba tak pakai untuk seketika tapi sakit tu ada juga terutama di siku. Kalau diurut , sedap je rasa. Heee... 

Aku imbas kembali apakah senaman yang aku buat setiap hari yang melibatkan otot bahu. Dan.. rupa rupanya !! Aku buat plank dengan cara yang salah. Cara tu berkesan sangat untuk hilangkan lemak di perut tapi risiko kecederaan amat tinggi sekali ! Itulah diaaa.. 

Camana aku buat ?? Kaki aku letak di atas katil dan lengan di lantai. Bermakna bahu aku menanggung beban 90kg !!! Automatik siku sakit dan lengan menanggung derita ! Allahuakhbar. Ni kalau 40 kali gi fisio takkan ok selagi dok ulang buat teknik salah. 

Maka hari ni, aku stop buat teknik tu ! Kedudukan ketika buat plank tu kena betul dan tepat ! Dalam apa jua senaman kita buat , teknik dan form tu kena betul. Kalau salah , tu yang cedera ! Bila cedera , ada yang salahkan vaksin ! Adehh.. 

Nasihat aku ... hati hati ketika bersenam dan sila bersabar. 






 Wasap  The Rehab & Physio Specialist  ( Puan Atikah ) : wasap.my/601155532903

You May Also Like

0 comments