Pastikan kesemua jari jemari digunakan dengan seaktifnya !

by - Isnin, Oktober 17, 2022

Lama dah aku perasan tapi aku endah tak endahkan jer. Akhirnya benarlah kata orang tua dulu dulu, "nanti dah masuk umur 40 tahun, baru terasa sakitnya ! ".  Apa yang kita makan , apa yang kita buat.. kesannya bukan esok lusa tapi bertahun tahun di hadapan. Jika sebelum ni korang amalkan gaya hidup yang tidak aktif , berubahlah sebelum terlambat. 

Sakit di sendi siku aku ni lama dah aku terasa. Punca ? Macam macam aku boleh katakan. Tapi boleh dikatakan puncanya dari struktur anggota badan aku sendiri. Gaya duduk bekerja, gaya tidur di usia muda semuanya memainkan peranan. Malah ketika bersenam di gym mahupun padang bolasepak turut menjadi faktor menyumbang kepada risiko kecederaan. 

Ok.. sebenarnya sendi tu tak sakit tapi ada satu otot berhampiran dengan siku tu yang menjadi punca. Aku ada la tengok beberapa video mereka yang buat fisioterapi dan juga chiropraktik ni camana nak meredakan ketegangan. Akhirnya aku tahu kenapa dan mengapa. Jari jemari aku ni lemah ! Betullah.. sama macam lutut aku. Jika otot yang berhampiran lutut lemah, maka sendi lutut aku jadi sakit. Bila aku senam kuatkan otot peha , betis , alhamdulillah.. lutut dah jarang nak sakit tapi masih perlu berhati hati la. Jangan terlalu agresif. Dah umur 40an tu. Kalau muda lagi, lainlah. Bersenam untuk sihat je la. Tak yah dok pikir nak sado kacak bagai dah.. Huhuh.. 

Aku ada beli dumbell 2kg. Tujuan nak kuatkan foream aku. Ada la sedikit perubahan. Kuatkan jari jari terutama ibu jari. Anak anak pun leh guna bersenam skit skit terutamanya Qhaliff. Nak main badminton pun dia dah sedap nak pukul. Sebelum ni lemah je pukulannya. Yelah, berat raket tu berapa je pun. Bila pegang benda berat, baru terasa bezanya. 


Dan baru ni aku singgah Fitness Concept Alamanda. Kat situ aku terpandang satu gyro ball. Lama dah aku tengok menda ni tapi tak tau apa fungsi. Staff kat situ tunjuk ajar. Aku pun cubalah. Dia punya getaran tu lain macam la ! Vibrate dia. Memang terasa sungguh pada genggaman kita. Automatik pergelangan tangan kita turut jadi kuat. Kita kena pusing pusingkan bola tu. Lagi laju, lagi banyak lampu LED keluar. Haaaa... bila kita berhenti , bola tu akan melawan kita balik. Lebih kurang cenggitulah. Terus aku tanya harga. 

Dan Wow gak la harganya. Nasib takda stok. Kalau ada , memang amik terus dah. Hahahaha... Adeh. Keluar dari situ, aku bukak Lazada. Tengok ada jual ke tak. Dan , eh ada ! Heeee.. Harganya jauh lebih murah.  Pulak ??? Persoalannya kualitinya camana ? Hurm.. tu yang merisaukan aku. 

Tapi tak pe.. aku beli dulu. RM22 je. Yang kat Fitness Concept tu , RM50. Kalau bagus dan berkesan , aku nak belikan untuk mak aku gak. Kuatkan jari jemari dia. Maklumlah , dah berumur.  

Ok la.. tu je aku nak cerita. Oh ya.. kalau korang rajin bersenam tu, pakai pakailah guard yer.. seperti knee guard , elbow guard. Kalau dah berumur la. Hee.. Jangan tunggu sakit. Tinggi kos nak pulihkan sakit tu haa.. ok ? 





 

You May Also Like

0 comments