Manfaatkan aloe vera !

by - Rabu, Oktober 12, 2022


Aloe Vera atau daun lidah buaya , korang pun tau banyak manfaatnya. Dari kulit hinggalah ke dalam badan , manfaat dari aloe vera ini boleh diperolehi jika dimanfaatkannya. Teringat lagi mak aku suruh aku sapukan aloe vera pada dahi Qhaliff ketika dia terantuk di meja. Benjol ! Sekejap je benjol dia suruh selepas sapu dengan aloe vera ! Aku cam tak percaya jer ! 

Baru baru ni, aku suruh wife aku beli sebotol. Aku simpan dalam sling beg. Usung ke mana saja. Kenapa aku buat gitu ? Sebab bagus untuk hentikan luka luka kecil dan juga surutkan bengkak. Mana la tau kan ? Aku ada 3 orang anak yang dah mula lasak. 

Kes 1.. Qhaliff luka di lutut akibat berlari di jalan raya. Aku sapu je dengan Aloe Vera. Alhamdulillah, cepat pulih. 

Kes 2.. Keting kaki aku terlanggar tebing batu di kolam. Dia punya bengkak , menakutkan aku tengok. Lama tak tengok bengkak kaki . Heee.. Maklumlah, dah stop main bola. Jadi lama dah kaki tak bengkak. Teringatkan aloe vera yang aku ada, aku sapu terus. Sekali sapu je. Bila naik ke bilik hotel, bengkak tu dah surut sedangkan masa aku tengok di kolam tu, dah membiru bengkak dia !! Alhamdulillah. Tak sempat amik gambar je. 


Kes 3.. ni yang terbaru berlaku pada aku. Siku aku , sakit sangat kat bahagian tendon tu.Bangun tidur, memang teasa sakitnya. Begitu juga bila aku pusingkan lengan, pergh... dia punya sakit tu. 3 kali buat fisio, bahagian otot tu dah lega banyak tapi tendon tu masih terasa perit. Kena guna ice pack utk legakan. Bila teringat ICE , aku terfikir.. kenapa tak cuba guna aloe vera ? Aku letak sedikit gel aloe vera dan wow ! Alhamdulillah, pedih sakit tu tak terasa sangat dah. 

Nampak gaya aku kena beli lagi yang botol besar dan simpan di rumah. Dan kena tanam banyak skit daun lidah buaya ni di depan rumah aku. Huhuh...  Oh ya, aku tak jual. Beli kat farmasi je.




 

You May Also Like

0 comments