Menyesal gi event supercar di Sepang baru baru ni !

by - Selasa, Oktober 04, 2022

Lama dah aku rancang nak bawak anak anak ke event supercar ni. Masa baca tu macam gempak je event ni. Siang hari tu, aku dari Kuantan. Memang sedikit penat la tapi dek kerana anak anak terutama Aariz yang nak sangat tengok Bugatti dan Lambogini , aku bawak jugak la diorang ke Litar Sepang.

Malam.. 

Pengunjung tak ramai. Rasanya yang bawak anak anak , aku je kot. Yang lain datang untuk event anugerah Tik Tok apa tah. Malas amik tahu. Masuk bayar. RM10 untuk dewasa. Kanak kanak percuma. Nasib baik.

Dan di dalam.. hurm.. kereta yang ada adalah kereta yang dah dimiliki. Bukan kereta baru pun. Huhu.. Tapi ok la. Aariz teruja la jugak tengok Lamboghini tapi mood 'dirosakkan' dek kerana berkali kali kena tegur jangan rapat dengan kereta bila bergambar ! Berhuhu je la. Budak tengah teruja nak amik gambar. Gitulah. 

Dan mood kembali ceria bila salah seorang pemilik Lamboghini membuka pintu dan benarkan pengunjung duduk dan mengambil gambar di dalam tu ! Terbaik laaa owner ! Senyum je dia. Aku angkat tangan sebagai tanda terima kasih bila anak anak dah selesai bergambar. 








Terima kasih Mr Lim ! 




 Tunggu International Supercar Show je la jawabnya kalau nak tengok kereta kereta baru ! Huhuh..

You May Also Like

0 comments