Swiss BelHotel Kuantan , hotel mesra keluarga !

by - Jumaat, September 30, 2022

Selepas selesai urusan di Terengganu , kami sekeluarga kena ke Kuantan lak. Wife ada kerja di Sg. Lembing. Asalnya aku ajak duduk kat sana tapi memandangkan MET kasi amaran akan banjir boleh berlaku bila bila masa , maka wife buat keputusan untuk menginap semalam dua di bandar Kuantan jer. 

Pilihan... Swiss BelHotel ! Yer.. aku pun tak pernah dengan nama hotel ni. Terus aku cari Facebook Page mereka. Perkara pertama yang aku tengok , ialah kolam ! Kolam kalau menarik, hotel tu mesti best ! Hahahaha.. Setuju ?

Dan.. aku setuju untuk menginap di sini. 

Jangan risau bab makan di sini. Hahahaha... Heaven kata orang ! Kalau korang kaki makan makanan laut , Allah... memang sini la tempat yang sesuai sangat ! Yelah , Swiss BelHotel ni terletak di Tanjung Lumpur. Bot bot nelayan keluar masuk je sini haaa.. Bermakna makanan laut di sini murah tapi hati hati la.. jangan gi makan tempat tempat viral ! Heeee... Faham faham je la.. Kena tanya penduduk setempat mana tempat best makan makanan tempatan. Situ ada kawasan kampung dan memang ada ! 

Harga bilik ? Hurm.. kena ikut musim gak la. Masa aku datang ni, hari kerja. Harga pun dah nak cecah RM300. Tapi bagi aku puashati la. Breakfast yang disediakan pun banyak pilihan dan sedap belaka. Bersih dan terurus. 

Bila air surut , boleh jalan jalan kat tepian pantai. Budak budak mesti suka. Hujan ? Setakat dua malam aku menginap di sini.. bila hujan lebat , cepat berlalu. Mungkin ditolak angin ke tempat lain lak kot. Heee..

Gym ada.. tempat parking banyak. Oh ya... sini ada penduduk tetap juga menginap. Hee.. bukan khas untuk hotel saja.  Apa lagi eh ? Hurm.... Dinner , nampak macam menarik view malam hari tapi aku tak gi makan. Wife terliur nak makan ikan bakar. Maka aku ke Mail Ikan Bakar jer. Dekat sangat dengan hotel. Kalau korang kaki berjalan, jalan kaki pun ok jer. Best ! 

Oh ya.. ada goverment rate juga yer. Tapi tak banyak beza la.. Untuk tempahan, korang cari sendiri la yer. Heee.. acah jeee. Jangan marah aaa. Booking cepat ! Nanti penuh.
























 

You May Also Like

1 comments

  1. one of my wish list la gini, pool dia menarik , bilik pun best nampak wpun hanya menatap gambar

    BalasPadam