Gara-gara nak tengok bunga api di ambang Kemerdekaan !

by - Jumaat, September 02, 2022

1 jam lebih berjalan dalam Floria Putrajaya 2022. Anak anak dah kepenatan dan kelaparan. Aku pun. Penat workout dan main badminton mula terasa. Seharian beraktiviti ditambah lagi dengan berjalan di Floria ni.. fuh ! Banyak kalori terbakar. Makan pun banyak sebelum tu tapi belum cukup untuk recover tenanga yang digunakan.

Akhirnya , tercapai juga hasrat nak bawa anak anak tengok bunga. Aku tahu Zahra dan Aariz suka bunga. Sebenarnya lebih tertarik decoration dan lampu lampu di waktu malam. Ikutkan nak pergi siang tapi nampak macam malam lagi cun. Dan aku buat kesimpulan, kena pergi siang dan malam ! Baru puashati. 

Parking ? Pergh... silap malam aku pergi. Terlupa lak malam tu ada sambutan Kemerdekaan di Putrajaya. Memang meriah la dengan kereta walaupun baru jam 8 malam. Aku letak kereta nun jauh dari lokasi Floria. Rasanya dalam 15-20 minit juga la kot nak berjalan kaki.

Selesai punsing Floria dalam 9 lebih. Anak anak dah bising kelaparan. Dalam kepala aku, nak cari makanan di Ayer@8 jer atau ke KFC di Kota Warisan.  Orang makin ramai di situ. Nasib baik kami dah keluar. Ramai menantikan detik 12 malam walhal baru pukul berapa je pun ! 

Bawa anak.. bawa tikar.. bawa makanan.. Macam macam ragam. Tapi meriah tetap meriah. Aku tak cadang nak sambut pun atau tengok bunga api kat situ. Aku tahu anak anak aku dah masuk waktu tidur. Aariz dah mula mengantuk dalam kelaparan. 

Sampai di tempat letak kereta.. aku tergamam ! Sapa pulak yang bijak letak kereta belakang kereta aku ni ??????? Aku dah mula menyumpah seranah.  Yelah, aku nak lari dari jammed ! Bila dah macam ni, aku rasa memang aku kena tunggu sampai abis bunga api, baru tuan punya kereta datang ! 

Tengok jam.. Dah nak masuk jam 10 malam.  Berapa jam aku nak tunggu kat sini ? Takkan aku nak gi ke tempat orang ramai melepak ! Anak anak dah bising lapar. Sian la pulak. Bincang ngan wife.. apa pendapat dia ? Tunggu kat situ dalam 15 minit gak. On off kereta. Masing masing kepanasan. Hurmmm..

Akhirnya.. ke padang dataran berhampiran Mahkamah Keadilan Putrajaya. Jauh gak la jalan kaki. Dengan penat... dengan lapar ! Anak anak mengekor jer sambil kata..

" Taknak datang dah Floria pasni ! ". Aku pun angguk tanda setuju ! Huhuh.. Aku punya plan dan aku sendiri setuju. 

11.50 malam..Berjalan kembali ke tempat letak kereta. Kereta Toyota Vios tu masih ada.  Syaitan membisik telinga... 

" Calar je kereta dia atau pancitkan tayar dia. Baru padan muka dia ! ! " 

Aku pandang wife. Dia kata .. " Sabar la bang. Nanti dia datang , kita basuh dia.. "

Hurm... 

Selesai bunga api.. Tepat jangkaaan aku. 5 minit selepas jam 12 , dia sampai dengan dua orang anak seusia Zahra dan Aariz. Aduh.... 

Aku pun mula bebel ! Tak kira dah orang kiri kanan masa tu. Yelah.. kalau takat aku ngan wife je tak pe la. Ni ada anak anak . Lapar satu hal lagi. Masa terbuang berjam jam begitu saja atas sebab kependekkan akal pemandu kereta tu. 

Alasan dia beri.. sangat tak masuk akal ! Satu satu aku patahkan. Akhirnya dia minta maaf ! Atas bisikan syaitan dan berjaya mengoda aku. aku keraskan hati dan ego menebal. Sejujurnya selepas tu aku menyesal atas tindakan aku tu. Huhu.. 

Aku hidupkan kereta, tunggu dia keluar. Dan berambus dari situ. Geram.... Jam 1 malam baru sampai rumah ! Berapa jam aku terbuang masa begitu saja ! Anak anak terbarai tidur dalam kereta. Sian aih..

Panjang sebenarnya aku nak cerita. Yelah , sepanjang aku berdiri depan kereta aku tu, ada lagi kereta nak sedap sedap tindih kereta orang lain. Eh... ko punya otak letak mana ? Asal lepas ko parking je ke ?? Abis orang lain nak keluar.. kena tunggu ko balik dulu ke ??? Bengong tul.

Nota : Kalau korang nak blocked kereta orang , pastikanlah tinggalkan no telefon di tempat yang terang dan jelas. Kalau cermin kereta korang tu gelap, letaklah di viper ! Dalam kereta sapa nak nampak ! Takkan nak suluh dalam kereta lak. Kang orang ingat nak mencuri lak. Adoilah... 





 

You May Also Like

0 comments